Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Governments Should Be Pro-Life and Promote Veganism, October 11, 2021

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

HOST: Pada Isnin, 11 Oktober, sementara masih dalam suluk meditasi intensif untuk dunia, Mahaguru Ching Hai Tersayang meluangkan masa untuk bercakap dengan anggota pasukan Supreme Master Television. Dalam panggilan ini, Guru dengan mesra menjawab soalan pasukan dan berkongsi kebijaksanaannya mengenai perkembangan semasa yang diambil berat dalam kerajaan Amerika Syarikat.

“ Media Report from PBS Oct. 7, 2021: Undang-undang Texas baharu secara berkesan melarang hampir semua pengguguran di negeri ini. Itu apa yang orang yang menyokongnya mahukan.

Rebecca Parma(f): Kami menganggarkan antara 100 dan 150 bayi belum lahir dan ibu mereka terhindar daripada pengguguran setiap hari di Texas sementara undang-undang ini berkuat kuasa.

Reporter(f): Mereka telah nampak penurunan 70% dalam prosedur pengguguran di klinik di seluruh negeri berbanding dengan tahun lalu. ”

(Selepas Mahkamah Rayuan Amerika membenarkan undang-undang antipengguguran Texas diteruskan, Biden bersumpah untuk berjuang bagi hak perlembagaan wanita untuk menjalani pengguguran dan cuba luluskan rang undang-undang yg benarkan pengguguran hingga hari kelahiran. Bagaimana orang Amerika boleh melawan dia dan menggalakkan undang-undang antipengguguran?)

Rakyat Amerika perlu sedar dan memperjuangkannya. (Ya.) Sebenarnya menjalani pengguguran adalah tidak mengikut perlembagaan. Perlembagaan takkan menasihati rakyat Amerika Syarikat supaya membunuh. (Ya, benar tu.) Terutamanya membunuh rakyat sendiri. (Ya.) Undang-undang ini buruk, kan? (Ya, sangat buruk.) (...)

Malah membenarkannya hingga hari kelahiran. Oh, dahsyatnya ini! Kita betul-betul membunuh bayi. (Ya, Guru.)

“ Media Report by 60 Minutes Australia Dec. 9, 2019: Apabila kita percaya bahawa itu manusia, segala pengguguran adalah salah. Pengguguran ialah perkataan yang terlalu baik, itu pemusnahan kanak-kanak.

Natalie(f): Kebanyakan orang yang saya temu ramah sekarang, yang tidak mengatasinya, tidak sedar bahawa mereka ada bayi kecil, sama seperti bayi cukup bulan, cuma lebih kecil.

Kid: Halo sekali lagi.

Reporter(m): Natalie meratapi bayi perempuan yang tak pernah didukungnya. Sudah empat tahun, kesakitan hati belum reda. Kadangkala kesakitan hati begitu besar, dia malah berfikir nak menamatkan nyawa sendiri.

Natalie(f): Saya memang tak nak hidup dengan kesakitan hati lagi, jadi barangkali ada masanya berfikir lebih baik saya pergi bersama dia.

Media Report by ABC News Oct. 1, 2021: Seorang peguam dari Mississippi beritahu kami secara peribadi bahawa pendirian negeri itu adalah bahawa keputusan Mahkamah Agung bagi kes Roe lawan Wade (kes pengguguran 1973) memang tidak betul, dan bahawa tiada hak asasi untuk pengguguran dalam teks perlembagaan. Negeri itu memberitahu hakim dalam dokumen mahkamah bahawa duluan yang berlarutan telah “...merosakkan proses demokrasi, meracuni syarahan negara kita dan mengganggu undang-undang...” Mississippi juga berhujah bahawa banyak keadaan telah berubah sejak keputusan 1973: “Pengangkatan anak boleh didapati dan secara meluas, wanita memperoleh kejayaan profesional dan kehidupan berkeluarga yang kaya, benda pencegah hamil lebih tersedia dan berkesan, dan kemajuan sains menunjukkan bahawa bayi belum lahir sudah ada bentuk dan ciri manusia berbulan-bulan sebelum kebolehhidupan.” Pendakwa raya negeri itu berhujah, “Negeri harus dapat bertindak mengikut perkembangan itu.” ”

Orang Amerika perlu menentangnya. Mereka perlu sedar, berkumpul dan menulis sesuatu untuk membantah itu kerana ia tak mengikut perlembagaan. (Ya. Betul tu.) Biden mempergunakan perlembagaan untuk apa-apa saja yang diingininya termasuk membunuh bayi. Ini terpulang kpd orang Amerika. (Ya.) Mereka perlu berdoa kepada Tuhan, perlu mencari kekuatan, perlu mencari suara mereka untuk membantahnya. (Ya. Betul.)

Bercakap tentang hak perlembagaan, bayi ialah orang Amerika. (Ya.) Mereka dilahirkan di Amerika. Mereka dilahirkan daripada ibu bapa Amerika. (Ya.) Jadi mereka ialah orang Amerika. Orang Amerika ada undang-undang perlembagaan untuk dilindungi, disokong dan dipelihara. (Ya, Guru.) Jadi membunuh bayi adalah tidak mengikut perlembagaan. (Betul. Faham. Ya.) Ini hanya kata-kata syaitan dan malang menimpa sesiapa saja dalam lingkungan pengaruh oleh kuasa gelap itu. Mereka harus sedar. Mereka harus kuat berdoa untuk keluar dari itu. Jika tidak, mereka membuat dosa yang besar untuk diri sendiri. Sesiapa yang menyokong undang-undang pengguguran yg keji ini akan pergi ke neraka. Saya beritahu kamu dengan benar. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.)

Mana-mana orang Amerika pun dilindungi oleh perlembagaan, bermakna mereka ialah warga Amerika. Mereka berhak untuk hidup selamat dan bebas, tidak harus dibunuh. Mereka tak berdosa. Mereka bukan musuh pun. (Ya.) Mereka tak berperang dengan Biden atau pentadbirannya. Mereka hanyalah bayi. (Ya, Guru.) Bayi berusia satu bulan, dua bulan di dalam rahim atau di luar rahim, mereka ialah bayi. (...)

Mereka malah nak menghabiskan sangat banyak wang bagi membayar untuk itu, mencukai orang bagi membayar untuk pengguguran, malah membayar untuk itu di luar negara juga. (Ya, Guru.) Oh, dahsyatnya ini! Dahsyatnya. Ini tak bermoral, tak mematuhi undang-undang pun, orang pergi ke parti... Ada dilaporkan bahawa pada setiap Krismas, terdapat lebih banyak kehamilan yang tak diingini. (Oh! Ya.) Mereka pergi berparti bersama dan menjadi mabuk, kemudian buat apa-apa saja bersama, kemudian menjadi hamil. Kemudian sesetengah orang lahirkannya, sesetengah orang menggugurkannya. Itu tak betul. Ini bukan salah bayi. (Bukan.) Dari segi moral, dari segi perlembagaan, dari segi undang-undang, semuanya tak berakhlak, semuanya buruk, semuanya salah. (Ya. Memang.) Semua ini bertentangan dgn Tuhan juga, dari segi rohani. (Ya, Guru.) (...)

Orang ini (Biden) jahat, dan pentadbirannya, orang yang lebih dekat, contohnya Harris dan Pelosi, mereka sama saja. (...)

Mereka menyalahgunakan perlembagaan, menyalahgunakan kuasa untuk bunuh orang senegeri kamu. (...)

Mereka semua ialah syaitan, semua orang ini, atau dirasuk syaitan, sesiapa yang memutuskan ini, merancang ini, menyokong atau tandatanganinya jadi undang-undang. Mereka semua jahat. (Ya.) Mereka semua akan balik ke neraka dan dikurung di sana selama-lamanya. Mereka takkan dapat lihat matahari lagi. Itu apa yang saya beritahu kamu, nasib mereka. (...)

Apa lagi? (...)

“ Media Report from MSNBC Oct. 7, 2021: Malam ini, sesuatu boleh menjadi penyelesaian jangka pendek baharu kepada malapetaka fiskal yg merisaukan. Anggota Republikan Mitch McConnell menawarkan perjanjian kepada Demokrat untuk membenarkan kerajaan meningkatkan keupayaan untuk meminjam wang bagi membayar bilnya selama dua bulan lagi. ”

“ Media Report by Reuters Oct. 7, 2021: Bagi pengundian ini, ‘ya’ adalah 219, ‘tidak’ adalah 206.

Reporter(m): Dewan Perwakilan Amerika yang dikawal oleh Demokrat berikan kelulusan akhir dengan undi 219 lawan 206 pada hari Selasa kpd rang undang-undang yang diluluskan oleh Senat, buat sementara waktu menaikkan had pinjaman kerajaan hingga AS$28.9 trilion, menangguhkan risiko kemungkiran membayar yang terbesar dalam sejarah hingga awal Disember. ”

(Pemimpin Senat Republikan Mitch McConnell pada mulanya keras menentang kenaikan siling hutang Amerika tetapi kemudiannya bantu Demokrat meluluskan kenaikan sementara hingga Disember 2021. Kemudian dia menulis surat kpd Biden, menyatakan dia takkan bantu menaikkan siling hutang lagi dan berkata itu kerja Demokrat untuk meluluskannya tanpa bantuan Republikan. Adakah dia menyerah dalam isu ini atau bermain permainan politik?)

Ah, orang ini sentiasa begitu! Sentiasa begitu. Kita kata tidak, kemudian dia akan kata ya. Jual mahal. (Ya.) Untuk membuat dirinya lebih berkuasa, lebih seperti pembuat keputusan. (Ya, Guru.)

Pada asalnya, dia tak dapat bantu dengannya. Selepas itu, dia berkata dengan tegas bahawa dia takkan buat begitu kerana, kerana, kerana. Kemudian lepas itu, dia menyerah kerana mungkin seseorang merasuahi dia. (Oh, wau!) Sama ada dari segi kewangan, lisan atau menjanjikan sesuatu. (Oh! Mungkin.) Apa-apa pun, politik. (Ya, Guru.) Dia tak peduli siling atau bukan siling. Dia tak dapat membezakan siling daripada lantai pun. Dia tak peduli.

Orang ini, saya dah kata, sentiasa berubah-ubah. Dia sentiasa berubah-ubah. Saya dah kata sebelumnya. (Ya, Guru.) Dia bermain permainan yang sama sekali lagi. Sentiasa jual mahal. Kemudian selepas itu, memberi supaya orang akan rasa lebih kagumi, hormati atau menyerah diri kpd dia. (...) (Faham.) Itu suatu permainan saja. Sebabnya dia kata dia menulis surat kepada Biden adalah kerana beberapa orang anggota Demokrat mengecam dia, tidak memuji dia kerana membantu separuh jalan. (Ya.) Dia membantu anggota Demokrat, mereka tersangkut.

Anggota Demokrat mereka sendiri pun tidak mengundi penggantungan siling. (Ya.) Dan rang undang-undang AS$3.5 trilion.

Sehingga akhirnya apabila mereka sudah berada dalam kesusahan, kemudian dah tentu McConnell datang untuk menyelamatkan mereka, seperti biasa. (Ya.) Sehingga akhirnya apabila McConnell sudah berkata bahawa mereka boleh mengundinya, penyelesaian sementara, hanya hingga Disember, bukan yang muktamad. Kamu faham? (Faham.) Kemudian mereka mengundi untuk itu. Sama seperti kompromi. (Ya.)

Pada mulanya, dia memukul mereka, kemudian lepas itu berikan salap kepada mereka. (Ya.) Sentiasa begitu. (...)

Saya tidak meminati segala keadaan kucar-kacir ini. Hanya demi hidup orang lain. (Ya, faham.) Terutamanya untuk orang Amerika dan bayi yang saya tak boleh tutup mata saja. (Ya, Guru. Faham.) Hati saya begitu sakit sehingga saya perlu menjerit macam ini. Jika tidak, biasanya saya tidak campur tangan dalam apa-apa pun. (Ya.) Saya tak pernah bercakap tentang hal politik sebegini kecuali ia melibatkan sesuatu yang lebih besar daripada itu. (...)

Apakah tujuan siling hutang? Jika kamu tahu? (Itu had yang ditetapkan oleh Kongres bagi berapa banyak wang kerajaan Amerika Syarikat dibenarkan meminjam untuk membayar hutangnya. Kerajaan membelanjakan lebih drpd yang diperolehnya dlm cukai, jadi dari masa ke masa, Kongres menaikkan siling hutang supaya kerajaan boleh meminjam dengan secukupnya untuk menampung segala-galanya.)

Buat apa mereka mahukan begitu banyak? (Wang itu digunakan untuk membayar kepada orang awam Amerika seperti gaji askar, pencen Jaminan Sosial, bantuan perubatan, kredit cukai anak dan faedah veteran. Dan juga bagi membayar untuk keputusan perbelanjaan masa lalu kerajaan.

Tetapi pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk perbelanjaan masa depan seperti dua rang undang-undang baharu ini.) Ya. (Salah satu perbelanjaan adalah untuk infrastruktur perubahan iklim, benda-benda yang akan mengatasi banjir, disebabkan perubahan iklim, contohnya.)

Dan apa lagi? (Dan mereka ada program kemasyarakatan untuk pratadika,) Oh! Okey. (Untuk perumahan...) Ah! Okey, okey. Okey. Saya faham. Ini cakap saja. Mana boleh sebarang infrastruktur mencegah banjir? (...)

Kita bina daik di seluruh negara, merata tempat? Kerana Tuhan tak beritahu kita bahawa Dia akan membanjiri mana seterusnya. (Betul tu.) Semuanya karma. Segala diet daging. Saya dah kata, jika orang amalkan diet vegan, tak perlu membelanjakan satu sen pun. (Ya.) (...)

Tidak kira berapa banyak daik, berapa banyak empangan yang kita bina, banjir tak dapat dihentikan jika kita tidak menghentikan gaya hidup ganas kita seperti membunuh haiwan, segala jenis makhluk untuk dimakan, dan membunuh bayi juga, hingga tarikh lahir. Ya Tuhan! Ini kejahatan terbesar. (Ya, Tuan.)

Dan masyarakat, apa yang kamu katakan tadi? (Program kemasyarakatan.) Ah, untuk pratadika! (Ya.) Oh! Takkan ada bayi yang tertinggal lagi untuk pergi ke tadika jika mereka bunuh semua bayi ini! (...)

Dan apa lagi yang mereka nak katakan? (Untuk perumahan.) Perumahan. Mana boleh orang mampu beli rumah sedangkan mereka tak dapat ada makanan untuk dimakan pun? (Ya.) Ada kekurangan makanan dan harga makanan melambung tinggi. (...)

Semuanya tak berguna, semuanya karut, segala alasan untuk bercakap besar, bermain besar. (Ya.) (...)

“ Fox News Interview Oct. 14, 2021: Ahli Kongres Indiana Jim Banks, Pengerusi Jawatankuasa Kajian Republikan, menganggap rang undang-undang Demokrat ini “korup yang melampau”. Beliau menyenaraikan 42 cara yang jawatankuasa ini kata langkah itu akan “meranapkan” negara.

Jim Banks(m): Apabila kita mengkajinya, kita menemui perkara seperti berbilion-bilion dolar untuk membaiki apa yang mereka panggil jalan dan jambatan “rasis”. Gila ini, saya tak tahu pun apa maksud itu. Mewujudkan jabatan polis atau militia iklim untuk pergi menguatkuasakan polisi Perjanjian Hijau Baharu di peringkat persekutuan. Bukan hanya berikan pendidikan universiti percuma kpd pendatang haram tetapi juga berikan kredit cukai anak kepada mereka yang datang ke sini secara haram. Rang undang-undang ini akan menutup pusat jagaan harian kita kerana pusat jagaan harian sekarang perlu menggaji pekerja berpendidikan universiti, jadi barangkali kita takkan mampu membayar kepada pusat jagaan harian yang kita pergi, atau akan perlu menutupnya. Kemudian lebih-lebih lagi, denda kali pertama AS$700,000 terhadap majikan kita jika mereka tidak mematuhi mandat vaksinasi Biden. Jadi setiap daripada sebab ini (AS$700,000!) ialah sebab utk mengundi menentangnya, tetapi secara keseluruhannya ia rang undang-undang yang berbahaya. ”

Sebab itulah anggota Demokrat pun tidak mengundi rang undang-undang ini. Kerana mereka gunakan wang untuk itu, ini dan berperang dengan rakyat. (Ya.) Membunuh bayi yang tak dapat mempertahankan diri pun. (Memang, Guru.) (...)

Jika rang undang-undang ini benar-benar baik untuk faedah masyarakat, maka mereka akan mengundinya sebelum rang undang-undang ini wujud lagi. (...)

Bagi saya, apa-apa rang undang-undang pun boleh diluluskan jika ia benar-benar bantu sistem masyarakat membantu rakyat, membantu orang miskin, orang susah, orang tak berumah. (Ya.) Dan pelajar yang miskin, tidak mampu hadiri universiti. Bagi saya, apa-apa rang undang-undang yang beri manfaat kpd semua orang ini boleh diluluskan. (Ya, Guru.) Dan diluluskan dengan cepat. Cuma mereka menggunakannya untuk tujuan yang memudaratkan dan tidak benar-benar logik. (Ya, Tuan.) (...)

Mungkin mereka tetap harus meluluskan rang undang-undang ini. (...) Kecuali mereka perlu batalkan perbelanjaan untuk pengguguran, batalkan apa-apa untuk peperangan (Ya, Guru.) Dan gunanya untuk galakkan veganisme. (Oh, ya! Itu idea yang baik.) (Ya, Guru.) Kemudian segalanya akan damai dan cuaca akan menjadi baik semula. (Ya, Guru.) (...)

Jika kita tidak mematuhi hukum Tuhan, berbelas kasihan, pemurah dan saling menjaga di planet ini termasuk melindungi manusia dan haiwan, maka kita tak dapat membina apa-apa yang bertentangan dengan kuasa Tuhan.

Jika kita terus membunuh ciptaan-Nya ‒ manusia, bayi di dalam rahim atau hingga hari kelahiran, dan bunuh berbilion-bilion ekor haiwan macam itu, seminggu, maka tidak kira apa yang kita bina, tidak kira bagaimana kita kukuhkan dengan keluli, kuasa Tuhan boleh merampas semuanya. Kita hanya perlu menjauhi keganasan dalam sebarang keadaan, sebarang jenis dan kembali ke sifat penyayang asal kita. Waktu itu baru dapat kita mengekalkan segalanya yang Tuhan kurniakan kpd kita dan berkati kita. (...)

(Dengan Biden menjadi Presiden Amerika yang buruk, jika dia disingkirkan sebelum tamat penggalnya, orang yang menggantikannya sebagai Presiden ialah Naib Presiden Harris, kemudian diikuti oleh Pemimpin Majoriti Dewan Perwakilan, Pelosi. Adakah Harris atau Pelosi lebih baik daripada Biden sebagai Presiden?)

Tidak. Tidak sama sekali. Mereka sama saja. Mereka permainan yang sama. Mereka kumpulan yang sama. (Ya, faham.) Mungkin lagi teruk. (Wau!) Mereka bertiga harus pergi dari situ. Sekurang-kurangnya tiga. Ada beberapa orang lagi dalam Demokrat yang merosakkan reputasi Demokrat tetapi saya tak boleh sebut nama mereka sekarang. (Ya, faham, Guru.) Saya perlu ada bukti. Saya tak boleh... Tapi kamu dapat lihat mereka tak buat apa-apa yang baik hingga kini. (Ya.) Harris, sebelumnya menyokong ikat jamin orang yang membakar, perampas yang mempergunakan alasan tunjuk perasaan untuk membakar rumah orang, membakar kedai orang, merampas harta benda orang dan sebagainya. Dia bantu mengikat jamin mereka semua. (Ya, betul tu.) Namun mereka ditangkap sekali lagi, (...)

Dia seharusnya biar mahkamah memutuskannya. (Ya, Guru.) Bukan menggunakan kuasanya untuk mengikat jamin orang yang belum jelas sama ada bersalah atau tidak. (Ya. Okey, Guru.) Kerana itu berkaitan dengan keselamatan banyak warga yang lain. (Ya, Guru.)

Kemudian Pelosi, mereka semua menyokong pengguguran ini. (...)

Tiada satu pun drpd mereka adalah baik. Mereka semua harus pergi dari situ semalam lagi. (...)

Dan kamu tanya saya tentang Pelosi, sama ada dia boleh menjadi pengganti Presiden yang lebih baik daripada Biden atau tidak. Tidak, tidak. Dia sama saja. Mereka semua di dalamnya bersama. Paus pun menyambut dia. Atas sebab apa?

Buat apa Pelosi nak jumpa dgn paus? Kamu beritahulah saya. Dia menyokong pengguguran. Ia dalam semua berita. Dan paus sepatutnya menentang pengguguran. Jadi apa yang dia mahukan daripada beliau? Pengukuhan kuasa, kedudukannya? Dan paus menyambutnya supaya beliau juga mengukuhkan kedudukannya? Ya Tuhan. Tidakkah kita ada lebih banyak etika, moral di mana-mana? Malah bermula dari gereja terbesar di dunia?

Ya Tuhan yang suci, tolonglah selamatkan kami dari segala kejahatan ini. Mereka bekerja bersama untuk membunuh anak-Mu, malah anak belum lahir. Tuhan suci, semoga Engkau dirahmati. Semoga Engkau dirahmati. Pasti dahsyat, menyakitkan bagi Engkau. Semoga Engkau dirahmati.

Jika orang Amerika ingin menjadi lebih baik, Trump paling baik. (Ya. Kami setuju.)

“ Media Report from PBS Trump(m): Penggubal undang-undang di New York bersorak gembira dengan kelulusan undang-undang yang akan membenarkan bayi digugurkan dari rahim ibu pada saat-saat sebelum kelahiran. Ini ialah bayi hidup, berperasaan, cantik yang takkan berpeluang untuk berkongsi kasih sayang dan impian mereka dengan dunia. (...) Marilah kita bekerjasama untuk membina budaya yang menghargai nyawa yang tak berdosa. (...) Dan mari kita menegaskan sekali lagi suatu kebenaran asas: Semua kanak-kanak, lahir dan belum lahir, dibuat dengan imej suci Tuhan. (...) ”

Saya dah kata banyak kali. (Ya.) Sekurang-kurangnya beliau takkan bunuh bayi kita. (Ya, Guru.) Beliau takkan gunakan wang cukai hanya untuk pergi mengebom orang lain. (Tidak.) Okey. (...)

(Tadi Guru bercakap tentang promosi vegan dalam bajet juga. Jadi bolehkah dunia bersatu padu untuk meluluskan undang-undang vegan?)

(...) Boleh, mereka boleh. Semua pemimpin hanya perlu duduk bersama dan tandatanganinya. Pengharaman daging, ikan, semua produk haiwan. Sangat mudah, mereka boleh lakukannya.

Semua wang yang boleh kita jimatkan daripada peperangan, kita boleh gunakan utk mendidik orang, beriklan pada papan iklan, beriklan di televisyen, membayar untuk akhbar mencetak semua itu bagi mendidik orang, berikan hidangan vegan percuma kepada kanak-kanak setiap hari dan mengajar mereka sebabnya. Maka generasi seterusnya akan menjadi vegan sepenuhnya. (Ya. Ah, ya!) Maka dunia kita akan menjadi syurga. (Ya. Bagus.)

Itu bukan senang. Itu boleh dilakukan. (Ya, memang.) Mudah, hanya menjadi vegan, kemudian dunia kita akan berubah. Iklim akan berubah, segalanya akan menjadi begitu cantik, begitu lancar dan begitu selesa untuk semua manusia dan haiwan di planet ini. Akan ada banyak sumber. Air akan menjadi bersih. Udara akan menjadi bersih. Ini perkara yang paling penting. Mereka tak uruskan. Mereka hanya saling bertengkar. Hanya untuk kuasa yang tidak kekal lama. (...)

Mengapa mereka tidak habiskan masa untuk bertaubat, memikirkan Tuhan, belajar sesuatu yang lebih mulia, bermoral dan seperti Tuhan supaya boleh bersedia untuk perjalanan jauh ke Syurga? Atau mungkin mereka pilih neraka. (...)

Baiklah, sayang, saya hanya nak ucapkan terima kasih kepada kamu atas segalanya. Kamu semua. (Terima kasih, Guru.) Bukan semua orang boleh bertahan macam itu. (Terima kasih, Guru.) Kamu perlu kuat. Ada godaan, sentiasa ada ujian.

Kamu sentiasa menguji saya. Menguji kesabaran saya. Menguji kecerdasan saya, segala jenis penyelesaian, saya perlu fikirkan. Okey, bergurau saja. Tak apa-apa. Tak apa-apa. (...)

Bagaimanapun, terima kasih, semua. Memang, saya sangat hargainya. Saya berterima kasih kepada kamu kerana makan sementara bekerja, atau makan dengan cepat dan perlu bergegas balik ke pejabat, atau makan separuh saja, kemudian perlu sibuk dengan kerja. Bukan mengorek dalam mangkuk tetapi mengorek dalam komputer.

Terima kasih. (Macam mana Guru tahu akan itu?) Guru tahu akan segala-galanya! (Ya.)

Maksud saya, kadangkala masih tengah makan, kemudian cemas. (Ya.) Waktu cemas, jadi kamu perlu pergi ke komputer, mengorek dalam komputer dan bukan mengorek sayuran kamu. (Ya.) Kadangkala kamu nak mandi tetapi perlu tunggu. (Ya.) Dan perlu menahan bau kamu.

Saya tahu akan segala-galanya. Apa yang kamu rasa? Saya buat begitu juga, kan? (Bagaimana Guru, begitulah muridnya.) Sebab itu saya tahu. (Ya, Guru.) Tiada rahsia, tiada misteri bagi ini. Saya tak dapat cukup berterima kasih. Hanya sekali-sekala memastikan kamu tahu bahawa saya berterima kasih. (Oh! Ia sangat dihargai.)

(Terima kasih, Guru, kerana menahan segalanya.) Terima kasih atas dedikasi kamu. Kamu cuba sebaik yang boleh, okey? Tetapi apa yang terbaik bagi kamu tak sentiasanya yang terbaik bagi saya. Tak sentiasanya. (Ya, faham.) Sudah bagus, sangat baik, sangat baik. Tuhan rahmati kamu. (Tuhan rahmati Guru juga.) (...) Terima kasih banyak-banyak, memang, dari lubuk hati saya. (...)

HOST: Kami amat berterima kasih kepada Guru Tersayang atas kasih sayang tanpa syarat dan bantuan kepada dunia. Kami berdoa agar usaha dan pengorbanan sepenuh hati, penuh azam Guru akan mengubah manusia terutamanya semua pemimpin kerajaan menuju hidup yang lebih berbelas kasihan dan berhemat sebagai jalan keluar tunggal kita dari masa depan yang susah. Semoga mereka yang berhati sedar menjadi mata arah cahaya untuk orang lain dan dengan itu bantu mewujudkan planet yang aman damai di mana semua hidupan, manusia dan haiwan, dihargai. Semoga Guru Penyayang sentiasa sihat dan tenang, disokong oleh semua Dewata Pemurah.

Untuk mendapat tahu sebabnya masyarakat yang paling bebas pun tidak harus benarkan amalan pemujaan syaitan serta pandangan lain daripada Mahaguru Ching Hai, bersamalah kami dalam rancangan Antara Guru dengan Anak Murid pada Sabtu, 30 Oktober untuk siaran penuh persidangan ini.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-25
446 Tontonan
1:14

Yummy Avocado Chocolate Mousse Recipe

2024-11-24   300 Tontonan
2024-11-24
300 Tontonan
1:25

Rumah Guru

2024-11-24   1078 Tontonan
2024-11-24
1078 Tontonan
8:10
2024-11-24
439 Tontonan
2024-11-24
1011 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android