Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membuka Pintu Kebijaksanaan, Bahagian 11 daripada 12: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Saya dapat dengar Bunyi (Syurga) dalaman 24 jam sehari. Apakah perbezaan antara satu Bunyi (Syurga) dalaman dengan yang lain?) Ini ambil sedikit masa. Saya akan beritahu kamu pada waktu inisiasi. Saya takkan mengambil semua masa orang. Ada bunyi-bunyi yang berlainan, peringkat-peringkat yang berlainan, cara-cara dengar Bunyi (Syurga) dalaman yang berlainan, jadi saya mesti beritahu kamu secara terperinci dan ini ambil sedikit masa.

(Saya ingin bantu manusia di dunia ini dan di Alam Semesta supaya saling menyayangi dan hidup bahagia. Saya mahu Guru Ching Hai membimbing saya juga.) Ini kebanggaan saya. Adalah baik kamu ada niat yang begitu mulia. Sekarang kamu mesti amalkan cara yang betul untuk memenuhi hasratmu. Buddha ambil masa enam tahun. Tetapi mungkin kamu lebih baik – akan ambil masa enam hari atau sesuatu. Selepas inisiasi, kita akan lihat berapa lama.

(Semasa kita cuba cari pembebasan untuk diri sendiri, ini boleh ambil banyak masa, kadangkala kita perlu tinggalkan keluarga, anak atau ibu bapa kita. Adakah itu suatu dosa? Apa yang kita peroleh, dapatkah ia bantu membawa kita menjauhi dosa kita tinggalkan tanggungjawab kita?) Saya tak faham. Mengapa dia perlu tinggalkan keluarganya? Adakah saya kata selepas inisiasi, kamu perlu tinggalkan keluarga? Adakah itu ditulis di luar macam itu?

(Saya rasa mereka ingin tahu tentang orang biasa yang cuba meninggalkan keluarga untuk menjadi biksu.) Jika keluargamu senang hati dengan itu, maka tak apa. Raja Thailand pun menjadi biksu untuk tempoh masa yang singkat. Raja sekarang. Saya rasa Baginda orang yang paling sibuk di Thailand. Jadi kamu lebih sibuk daripada Baginda?

Tiada dosa apabila kita berbuat baik dengan cara yang mulia. Jika tidak, Buddha takkan meninggalkan negara, takhta, malah keluarga-Nya untuk menjadi biksu. Tetapi di Thailand, ini sangat mudah. Kamu boleh menjadi biksu selama satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun. Saya pernah menjadi biksu selama sepuluh tahun, tiada masalah. Suami saya menangis sikit tetapi dia berkahwin lagi selepas enam tahun. Apa masalahnya? Ibu bapa saya masih hidup tanpa saya.

Tetapi kita tak perlu menjadi biksu untuk menjadi bermakrifat. Itu mesej saya. Sekali-sekala kita perlu bersuluk jika boleh untuk menjauhi perniagaan selama tiga hari atau satu minggu. Itu tak mengapa. Menjadi biksu adalah sesuai untuk seseorang yang bebas daripada kewajipan jaga keluarga dan tanggungjawab sosial. Kemudian dia boleh baktikan seluruh hidupnya utk jalankan amalan spiritual dan membantu orang lain menjadi bermakrifat. Sebab itulah orang mesti menjadi biksu, kerana mesti ada seseorang yang bebas daripada kewajipan untuk meneruskan mesejnya. Jika tidak, bukanlah menjadi biksu membuat kamu menjadi bermakrifat. Kami ada banyak orang dalam kumpulan spiritual kami yang merupakan orang di rumah dan biksu. Apa-apa pun pilihan mereka, tak mengapa. Peringkat amalan spiritual mereka adalah sama.

(Orang ini ingin mengetahui rahsia pergunungan Himalaya.) Oh, itu kisah yang panjang! Tetapi pergi ke sana adalah berbahaya. Jika kamu menerima inisiasi, mungkin kamu boleh pergi dengan badan astral dan tak perlu menghadapi bahaya seperti saya. Saya telah ceritakan beberapa kisah dalam pita-pita yang berlainan. Mungkin kamu tanya di luar. Jika tidak, jika saya beritahu kamu di sini kamu tak dapat pulang ke rumah. Kita semua akan perlu berada di sini sehingga mati. Begitu pun, saya takkan habis bercerita. Kemudian kamu akan ada lebih banyak dosa ‘meninggalkan’ keluarga.

Yang seterusnya. (Adalah arah dunia dan arah Dharma ialah arah yang bertentangan?) Arah dunia (Dunia.) dan arah Dharma? (Betul.) Tak benar-benar begitu. Kelihatan macam itu saja. Selepas makrifat, kita lihat segalanya menuju ke arah yang sama. Sukar nak jelaskan tetapi macam itulah.

(Adakah kita akan ada pengajaran meditasi hari ini? Jika ada, saya ingin ucapkan terima kasih kpd Guru.) Selepas khutbah, ya.

(Guru yang dikasihi, soalan saya adalah saya telah menerima jalan dharma Anuttara daripada seorang guru di Taiwan. Bolehkah saya masih menjadi anak murid Guru atau tidak?) (Guru yg dikasihi, saya telah menerima sesuatu jenis kaedah daripada seorang guru di Taiwan. Saya tertanya-tanya sama ada saya boleh minta untuk menjadi anak murid Guru?)

Jika kamu telah pelajari Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman), maka kamu tak perlu, tetapi jika kamu tidak menerima Cahaya (Syurga dalaman) di dalam dan Bunyi (Syurga dalaman), maka kamu boleh daftarkan diri di luar. Kerana tanpa lihat Cahaya Syurga (dalaman) atau Cahaya Buddha di dalam, tanpa dengar Ajaran Muzik (dalaman) Buddha, kita takkan mendapat pembebasan, tidak kira berapa gigih kita beramal. Sebanyak-banyaknya kita akan pergi ke sejenis Syurga (yang lebih rendah) dan kembali semula, berulang-alik secara berulangan. Orang yang menerima inisiasi terjamin mendapat pembebasan, dan banyak saudara-mara dan kawan mereka, hingga banyak generasi sebelum dan selepas itu, akan terjamin mendapat pembebasan juga. Kerana satu orang yang memperoleh makrifat melalui kesedaran Diri ada kuasa yang besar untuk membebaskan orang lain juga.

(Untuk amalkan Kaedah Quan Yin, mengapa kita dilarang untuk mengamalkan pernafasan terkawal?) Kerana itu fenomena yang bersifat fana. Pernafasan ialah fenomena yang bersifat fana. Jika kita nak capai pembebasan, kita perlu mengenali Diri, Diri abadi sebenar kita. Itu tak dapat direalisasikan melalui fenomena yang bersifat fana. Kaedah pernafasan tanpa Guru yang baik serta tanpa kesucian badan dan fikiran akan datangkan bahaya juga. Okey? (Ya.)

(Selepas Guru tinggalkan sini, jika kami ingin menerima inisiasi, bolehkah kami mendapatnya dengan telekomunikasi atau sesuatu macam itu?) Ya, saya boleh hantar makrifat melalui faks kepada kamu. Guru tak perlu hadir secara fizikal untuk beri inisiasi kepada anak murid. Arahan lisan adalah untuk amalan harian kamu saja tetapi makrifat dilakukan melalui transmisi spiritual. Itu tak perlukan kehadiran Guru kerana Kuasa boleh sampai ke mana-mana saja di Alam Semesta. Jika mahu, kamu perlu hubungi pusat kami di Thailand. Ada nombor telefon atau alamat di sesuatu tempat dalam buku, mungkin. Kemudian mereka akan biar saya tahu, kemudian kamu boleh diinisiasi sementara saya tiada di Thailand. Sama juga – hasil yang sama.

Photo Caption: Menempuh Kesusahan untuk Mekar dengan Baik

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/12)
1
2024-09-16
2103 Tontonan
2
2024-09-17
1348 Tontonan
3
2024-09-18
1347 Tontonan
4
2024-09-19
1301 Tontonan
5
2024-09-20
1392 Tontonan
6
2024-09-21
2060 Tontonan
7
2024-09-23
1384 Tontonan
8
2024-09-24
1333 Tontonan
9
2024-09-25
1181 Tontonan
10
2024-09-26
1194 Tontonan
11
2024-09-27
1195 Tontonan
12
2024-09-28
1234 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android