Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 8 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi manusia buat betul atau salah, perlu begitu. Tiada orang yang boleh kawal fikiran mereka atau buat apa-apa kecuali mereka sendiri sedar. (Ya, Guru.) Sanggup sedar. Secara rela sedar dan benar-benar memahami apa yang penting seperti kemurahan, belas kasihan, kasih sayang dan sifat melindungi makhluk lain yang lebih lemah dan tak berupaya mempertahankan diri seperti haiwan.

( Guru, dalam persidangan dengan anak murid di Ashram Alam Baru, Guru berkata bahawa anjing Guru ada banyak rahsia untuk dikongsi. Jika dibenarkan, bolehkah kami dengar lebih banyak tentangnya? ) Saya tak ingat. Saya dah beritahu kamu sesetengahnya, kan? (Ya, Guru.) Dah tentu. Kadangkala mereka beritahu saya, “Orang ini tak baik untuk engkau, orang itu tak baik untuk engkau.” Tapi ini hal peribadi. Saya tak nak beritahu. (Faham, Guru.) Mereka ada banyak rahsia yang nak beritahu saya kerana saya tak perasan. Contohnya, mereka beritahu saya, “Orang ini dan itu tak baik untuk engkau kerana dia...” Saya tak tahu sama ada saya boleh kata, “...tertarik secara fizikal.” Mahukan saya secara fizikal. “Dan dia ada jenis tenaga hawa nafsu rendah ini.” Saya kata, “Tapi aku tak rasai apa-apa pun.” Saya kata, “Aku tak rasai apa-apa pun daripadanya. Apa yang kau katakan ini?” Jadi anjing berkata kepada saya, “Kerana Nilai, Kesucianmu melindungi engkau.” (Faham.) Misalnya macam itu. Mereka juga beritahu saya orang ini dan itu tak baik untuk anjing, tak baik untuk saya tapi kadangkala saya tiada pilihan. (Ya, Guru.) Saya tiada orang yang mencukupi untuk menjaga anjing saya. Tapi lepas itu, saya tukar. Saya kata, “Saya akan tukar apabila ada pilihan yang lebih baik.” Tapi saya perlu tunggu karma hilang juga. Saya tak dapat sentiasa tukar apabila saya mahu. (Ya, Guru.) Saya sendiri juga tahu banyak perkara tapi oleh sebab saya tak ambil tindakan, jadi anjing mengingatkan saya. (Ya, Guru.) Mereka melindungi saya banyak kali. Suatu kali sangat lucu. Salah seekor anjing, anjing hitam besar beritahu saya, “Orang itu, lelaki itu cintai engkau.” Saya kata, “Benar ke? Dia begitu muda dan kacak. Aku begitu tua. Mana boleh dia cintai aku?” Ia kata, “Dia begitu.” Saya kata, “Aku tak rasai apa-apa pun.” Jadi mereka kata, “Bagus, tapi engkau jangan jatuh cinta pada dia.” Saya kata, “Apa? Mustahil!” Saya kata, “Apa yang kau katakan ini?” Kemudian saya kata, “Okey.” Saya bergurau dengannya. Saya kata, “Jadi bagaimana jika aku jatuh cinta pada dia? Apa kaitannya itu dengan apa-apa atau dengan kau?” Jadi ia kata, “Jika engkau jatuh cinta pada dia, kedamaian akan hancur.” Saya tanya, “Kedamaian apa? Kedamaian dunia?” Ia kata, “Kedamaian peribadimu.” Jadi saya kata, “Wau, aku takut! Tapi adakah kau nampak sebarang kedamaian di sekeliling aku dalam kehidupan peribadiku?” Saya kata, “Terima kasih. Kau banyak bergosip, kan?” Perkara seumpamanya. Atau orang ini dan itu cemburui saya, sesuatu macam itu. Cemburui saya dan tak berniat baik di dalam, tak rasa hormat di dalam. Saya kata, “Tak apa. Itu masalah mereka. Jika mereka hormati aku, mereka ada pahala baik dan kemajuan spiritual yang lebih besar. Jika mereka tidak, itu pilihan mereka sendiri. Aku tak dapat buat apa-apa pun. Aku tak dapat beritahu mereka apa.” Misalnya macam itu. (Ya, Guru.) Mereka juga beritahu saya tentang Dunia Vegan dan sebagainya. Tapi saya dah kata, jika itu rahsia, maka saya tak boleh beritahu kamu. (Ya.)

( Guru, dalam persidangan sebelumnya, Guru sebut bahawa Guru boleh wujudkan lingkaran pelindung baharu di sekeliling dunia untuk membantu pada waktu susah di Bumi ini. Bagaimanakah lingkaran pelindung ini berfungsi? Adakah mewujudkan lingkaran baharu ini memakan banyak kuasa Guru? ) Ia melindungi planet ini supaya ia tak meletup. (Wau! Ya Tuhan.) Itu kali kedua. Kali pertama saya wujudkan, ia untuk keamanan. Kali kedua ini, ia untuk perlindungan fizikal planet ini, dan orang, sesiapa saja yang masih boleh hidup di sini, selamat. (Terima kasih, Guru.) Supaya komet takkan terlanggar planet kita, contohnya. (Wau!) Atau suar suria takkan membakar dunia kita. (Wau!) Banyak bencana boleh berlaku. Atau tsunami tinggi takkan memusnahkan bandar. (Wau!) (Terima kasih, Guru.) Dah tentu, saya tanggung kesannya. Apa yang kamu rasa? Ada makan tengah hari percuma di dunia ini? (Tidak, Guru.) Orang kata tiada makan tengah hari percuma dan memang macam itu. (Guru banyak berkorban untuk kami.) Ini sama dengan semasa kamu tanya saya bagaimana jika saya bercakap dgn kamu atau kamu menyiarkan saya di TV. (Ya.) Saya tanggung kesannya setiap hari, segala-galanya, sepanjang masa. Setiap hari saya perlu alami sesuatu, halangan juga. Sesuatu, besar atau kecil, bergantung kepada hari itu. Apa yang nak dibuat? Haruskah saya duduk di sini, melindungi nyawa saya dan tak pedulikan apa-apa yang lain? ( Terima kasih atas segalanya yang Guru buat. ) Sama-sama. Saya terkejut dengan kamu tanya soalan ini. Soalan siapa ini? Saudara lelaki atau perempuan? Semuanya, kan? (Ya.) Dan daripada kamu juga.

( Guru, sekarang syaitan ghairah telah hilang, akankah hidup Guru menjadi jauh lebih senang? ) Sedikit. Sampai tahap tertentu, ya. Saya rasa lebih ringan, seolah-olah badan tiada beratnya lagi. Sampai tahap tertentu. Tapi dunia masih di sana. (Ya.) Dunia juga sesuatu jenis makhluk ghairah. Kerana tak banyak orang berubah. Mereka memang berubah tetapi bukan seluruh dunia berubah. Mereka masih menderita dan bergelut. Asalkan saya hidup di dunia ini dan asalkan dunia ini masih wujud, saya tiada hidup yang senang. (Ya, Guru.) Tapi ini dah berdekad-dekad. Bukan apa-apa yang baru. (Ya.) Bukan apa-apa yang baru.

( Guru, ada tak suatu cara untuk menghapuskan tenaga maya dan syaitan yang tertinggal dengan lebih cepat supaya manusia boleh sedar dan ubah dengan lebih cepat, dan pemimpin dunia akan bertindak dengan lebih pemurah dan bijak dan lebih berkemungkinan menggubal undang-undang vegan? ) Saya harap begitu. Ia sudah tersemat dalam diri mereka. (Ya, Guru.) Ini sudah dalam DNA mereka hayat demi hayat, dekad demi dekad, eon demi eon, abad demi abad. Mungkin generasi seterusnya akan menjadi lebih baik jika manusia masih hidup. ( Saya harap kita sedar. ) Saya harap begitu juga. Bukan senang. (Ya, Guru.) Kita berurusan dengan orang yang ada kuasa Tuhan yang dibiarkan pendam di dalam dan di luar mereka bertindak secara bertentangan. (Ya.) Mereka ada kemahuan bebas juga dan kita tak boleh menggugat itu. Sama seperti di Amerika, mereka kata mereka ada hak perlembagaan. Jadi setiap kali jika seseorang membuat sesuatu yang salah, mahkamah perlu memutuskan mengikut perlembagaan. Mereka tak boleh kata, “Kamu salah. Itu saja, masuk penjara,” tanpa peguam, tanpa pengadilan, tanpa perbicaraan mahkamah, tanpa juri. (Ya, Guru.) Begitulah. Jadi manusia buat betul atau salah, perlu begitu. Tiada orang boleh kawal fikiran mereka atau buat apa-apa kecuali mereka sendiri sedar. (Ya, Guru.) Sanggup sedar. Secara rela sedar dan benar-benar memahami apa yang penting seperti kemurahan, belas kasihan, kasih sayang dan sifat melindungi makhluk lain yang lebih lemah dan tak berupaya pertahankan diri seperti haiwan. (Ya.) Tapi mereka dah lebih baik. Mereka dah perlakukan orang miskin dgn lebih baik. Mereka bantu orang miskin di mana saja. (Ya.) Mereka bantu pelarian. Mereka bantu imigran. (Ya, Guru.) Itu dah sangat bagus.

COVID-19 sudah buat orang menjadi jauh lebih lembut. (Ya.) Ada derma di mana-mana saja. Malah ada orang cacat yang berjalan sejauh berbatu-batu atau memanjat tangga bagi memungut wang untuk kos wabak yang berkaitan. Malah kanak-kanak, berusia lima, enam tahun, berjalan dengan cara cacat untuk memungut wang. Itu amat mengharukan. (Ya, Guru.) Jadi ini menyedarkan orang juga. Sampai tahap tertentu, sifat baik mereka dibangkitkan. (Ya, Guru.) Sebelumnya, tiada orang banyak mempedulikan orang tak berumah. (Ya.) Sekarang kerajaan malah menghabiskan berpuluh-puluh juta di negara-negara yang berlainan bagi membeli hotel atau sewa rumah untuk orang tak berumah diami. (Ya.) (Sangat bagus. Ya.) Sebelumnya, di Taiwan (Formosa) juga, saya minta saudara seguru kamu menerima orang tak berumah, (Ya, saya masih ingat.) sesiapa saja yang nak datang untuk bersama kita. Jadi mungkin ini memberikan kesan riak. (Ya, Guru.)

Saya sangat gembira dengan kerajaan malah menghabiskan berjuta-juta dolar bagi membeli hotel yang ada 60 buah bilik saja untuk biarkan orang tak berumah diami dan bukan berada dalam kesejukan di dlm khemah. Meskipun kita ada khemah, namun suasana sejuk di dalam. Ketika saya di Jepun, saya ada sebuah kabin kayu. (Ya.) Saya ada segala-galanya. Cuma saudara-saudara kamu mengambil semuanya daripada saya. SMC pun, seluruh ashram, mereka mengambilnya, saya perlu pergi tinggal di dalam bilik stor kecil di halaman belakang. Kamu tahu, kan? (Ya.) Dan di rumah persendirian saya, saya biar mereka naik ke atas utk bermeditasi. Saya perlu pergi tinggal di dalam gua di sebelah. Saya bina gua untuk keadaan itu. Saya tahu suatu hari saya perlukannya. Kemudian saya terus tinggal di dalam gua itu dan menjadi biasa dengannya. Misalnya macam itu. Suatu kali saya di Jepun. Saya ada sebuah kabin di sana. Kabin kayu di dalam hutan, dengan anak sungai di tepinya. Suasana romantik. Saya sangat suka akannya. Hutan di sekeliling saya. Kita boleh berjalan sejauh berbatu-batu di dalam hutan dan bermandi dalam tenaga lembut, pemurah dan penyayang daripada pokok. (Ya, Guru.) Tapi saya tak boleh pergi ke sana lagi. Mereka bermeditasi di sana. Jika saya pergi ke sana, ini bermakna kerja. Bukan siar-siar romantik lagi tetapi ialah kerja. Ke mana-mana pun saya pergi sekarang, hanya kerja.

Suatu kali, saya di sana pd musim sejuk. Pada musim sejuk, mereka tak datang untuk bermeditasi pada masa itu. Jadi saya pergi tinggal di sana. Saya tak ingat berapa lama. Ada sebuah rumah, dah tentu, kabin kayu. Tapi saya dirikan khemah di luar. Saya rasa ada rakaman di sesuatu tempat tentang itu. Saya hanya memakai pijama dan anak baju di luar. Saya dirikan khemah kecil di luar, khemah satu orang, di taman di luar. Suhu hanya kira-kira minus 10 darjah. Tapi begitu sejuk. Di dalamnya ada corak salji di mana-mana saja, di dalam khemah saya. (Wau!) Air menjadi salji di dalam. Ia di mana-mana saja pada dinding khemah. Saya malah ada selimut tebal dan sebagainya. Saya juga ada alat pemanas di dalam. Masih sangat sejuk. (Ya.) Jadi saya memahami perasaan orang tak berumah sewaktu perlu tinggal di dalam khemah, malah pada musim sejuk. (Ya.) Jadi adalah baik sesetengah kerajaan seperti kerajaan Kanada juga menyewa rumah untuk mereka sekarang. Negara mana menghabiskan 13 juta dolar untuk orang tak berumah? Saya dah lupa. Negara apa itu? ( Saya rasa Kanada. Atau mungkin saya tersilap. ) Ya ke? Ia di TV kita. (Ya.) Saya tak begitu banyak menonton TV, hanya biarnya buka siang dan malam. (Ya, Guru.) Tapi saya tak dapat menonton TV kita pun kerana tiada masa, pertama. Kedua, saya meminimumkan sebanyak yang boleh kerana saya dah perlu bekerja untuk Supreme Master TV. Saya perlu lihat semua rancangan, kalau-kalau mereka buat kesilapan, sentiasanya. Lebih baik daripada tiada apa-apa pun. Saudara-saudara kamu dan kamu dah cuba sebaik yang boleh, saya tahu. Tapi kadangkala kamu terganggu dan karma dunia juga. Segala-galanya tersilap. Itu bukan salah kamu saja. Sebab itulah saya sentiasa maafkan kamu. Barangkali saya akan, berkemungkinan besar, terus memaafkan. ( Terima kasih, Guru. ) Adakah saya ada pilihan? Saya mengamalkan nilai pemaafan selama-lamanya sejak saya ada anak murid.

Baiklah. Soalan seterusnya. ( Guru berkata bahawa apabila orang pergi ke Peringkat Kelima, mereka masih ada 1% ego yg tertinggal. Bagaimana dengan roh yang ditingkatkan ke Alam Spiritual yang Guru baru cipta itu? Masih ada ego yang tertinggal? ) Tiada lagi. (Wau! Itu berita baik.) Selepas Peringkat Kelima, tiada ego lagi. Hanya Peringkat Kelima. Mungkin ada tetapi seperti tiada, 0.00001%. Misalnya macam itu. (Wau!) Tetapi di Alam Baru, tiada. Tiada orang yang ada ego boleh pergi ke sana. (Wau!) Kerana kamu takkan dapat melalui Pintu. Kamu akan musnah, hilang. Kamu perlu tinggalkan segalanya terutamanya ego. Kamu akan menjadi bayi baru lahir alam semesta. (Terima kasih, Guru.) Soalan yang baik. Saya tak pernah memikirkan itu. Saya tak pernah berfikir sama ada kamu ada ego di atas sana atau tidak. Adalah baik kamu tanya.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/11)
1
2020-08-26
42701 Tontonan
2
2020-08-27
16563 Tontonan
3
2020-08-28
14547 Tontonan
4
2020-08-29
14771 Tontonan
5
2020-08-30
13885 Tontonan
6
2020-08-31
19471 Tontonan
7
2020-09-01
12057 Tontonan
8
2020-09-02
12604 Tontonan
9
2020-09-03
14539 Tontonan
10
2020-09-04
11509 Tontonan
11
2020-09-05
11330 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android