Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Inisiasi Memerlukan Kuasa Guru

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Host: Dalam panggilan telefon berkaitan kerja pada Rabu, 20 Oktober, Mahaguru Ching Hai Tersayang kita mengambil masa untuk membincangkan beberapa isu penting yg dikemukakan oleh ahli pasukan kami mengenai peraturan Syurga bagi siapa boleh mentransmisikan Kuasa Guru dalam proses inisiasi Kaedah Quan Yin.

(Bagi Kaedah Quan Yin, kadangkala Guru akan memilih penetap ashram tertentu dan bukan penetap ashram yang lain untuk menjalankan proses inisiasi.) Ya. (Mengapakah begitu?)

Mengapa? Kerana sesetengah orang lebih tinggi sikit daripada orang lain dan lebih senang. (Ah! Ya.) Lebih senang utk bersambung, senang untuk mentransmisikan muatan tenaganya. (Oh! Faham.) Jika terlalu rendah, mungkin dia mendapat susah. (Oh!) Kemasukan banyak tenaga dgn tiba-tiba. Makanan yang baik pun, kita tak boleh makan terlalu banyak. (Oh! Ya.) Vitamin pun, kita tak boleh ambil seluruh kotak. (Ya, betul tu.) Macam itulah. Sesetengah biksu dan biksuni belum sedia. (Oh! Faham.) Pada asasnya boleh melakukannya, cuma lebih senang bagi seseorang yang lebih tinggi sikit. (Ya, faham, Guru.)

(Guru, dengan Kaedah Quan Yin, bolehkah sesiapa saja berikan arahan inisiasi kepada orang lain? (...))

Pada asasnya, ya. Kerana bukan orang itu yang memberi inisiasi. Itu hanya arahan lisan. (Ah! Ya.) Kuasa Guru ialah apa yang melakukannya. (Ah! Kuasa Guru di sebaliknya. Ya.) Itu bukan kaedah. Itu Kuasa Guru di dalamnya. Itu bukan hanya arahan lisan. Arahan lisan hanya beritahu kamu supaya duduk diam-diam. Mungkin tutup mata atau sesuatu. (Ya, Guru.) Jangan buat bising atau mungkin jangan bergerak. Tetapi itu bukan apa yang sebenar. (Betul.) Itu bukan apa yang penting. Yang penting ialah arahan Guru, Kuasa Guru. (Ya.) Guru tak perlu berada di sana tetapi mesti ada kehadiran fizikal. (Ya, Guru.) Hanya untuk bantu mereka duduk tegak atau sesuatu macam itu. (Betul. Ya.) Memastikan mereka duduk dengan posisi yang lebih baik. Sesuatu macam itu. Itu saja. Kuasa adalah daripada Guru. (Ya, Guru. Faham.) (...) Mereka melapor kepada saya dulu siapa mahu diinisiasi. Hari ini, senang. (Betul.) (...)

Setiap kali ada inisiasi, mereka hantar satu senarai kpd saya. (Ya. Betul.) Mereka minta kebenaran, siapa saya terima dan siapa saya tak terima. (Ya, Guru.) Ada syarat dan peraturan tertentu mengikut Syurga dan Alam Semesta. Kamu perlu tahu akan perkara ini juga baru boleh memberi inisiasi.

Pertama sekali, kamu perlu minta kebenaran Guru kerana itu sambungannya. (Ya.) Juga, peraturan bagi Guru di dunia fizikal ini adalah jika orang tidak minta, kita tak boleh berikan. (Ah! Okey.) Jika tidak, saya hanya berikan kepada semua orang. (Ya. Betul tu.) Maka saya ada sangat banyak anak murid. (Ya.) Tidak, mereka perlu minta. (Ya, Guru.) Bukan kerana Guru cerewet tetapi peraturannya adalah macam itu. (Ah! Okey.) (...)

(Jika orang yang berikan arahan inisiasi Quan Yin tidak diluluskan oleh Guru, apa yang akan berlaku kepada dia? (...))

Jika seseorang melakukannya, oh, ini beban yang sangat dahsyat bagi orang itu! Tanpa kebenaran Guru, kamu tak harus memberi inisiasi. Pada waktu inisiasi, kita telah beritahu mereka supaya tidak mendedahkannya. (Ya. Betul.) Tetapi jika kamu tak dengar itu dan menyimpang disebabkan oleh ego kamu, peringkat rendah kamu, dan memberi inisiasi kepada orang lain, maka kamu akan memudaratkan diri sendiri dan orang yang diinisiasi. Kerana peringkat kamu terlalu rendah. (Ya. Betul.) Kamu mendakwa dirimu seorang Guru padahal kamu bukan. (Betul.) Untuk memberi inisiasi, kamu perlu menjadi Guru (Ya, Guru.) yang dilantik dan diberitahu oleh Tuhan atau malaikat untuk pergi melakukannya. (Ya, Guru.) Pasti dengan semua itu. Atau kamu bergantung kpd Kuasa Guru dengan kebenaran dan arahan Guru untuk melakukannya kerana ia jauh dan lebih mudah bagi orang lain. (...)

Jadi katakan seseorang pergi memberi inisiasi di belakang Guru, (Ya.) maka orang itu akan diheret ke neraka (Oh, wau!) kerana dia belum capai peringkat Guru tetapi keluar sendirian dan tiada kebenaran. (Betul. Ya, Guru.) Di dunia ini, peraturannya ketat. (Ya.) Sebab itulah walaupun Guru turun ke sini, Dia perlu dgn rendah diri beritahu orang dan menjelaskan secara berulang kali dengan sabar, rendah diri, tidak pergi ke sana sini dan bercakap berdegar-degar, “Saya di sini ini, orang besar di Syurga,” apa-apa saja. Mungkin malah mengatakan ini, seperti yang Nabi Isa katakan, “Saya ialah Anak Bapa saya.” Tetapi itu bukan dengan sikap sombong. Yang penting bukan apa yg kita katakan, yg penting adalah bagaimana katakannya. Yang penting bukan apa yg kita katakan tentang diri kita, yang penting ialah pengetahuan bahawa kita ialah itu. Kita bercakap benar tanpa kesombongan. (Betul. Ya.)

Ia berlaku. Ia berlaku dalam hidup saya juga. Seseorang ingat hanya memberikan arahan (Ya.) dan berjalan ke sana sini seperti apa yang dilakukan oleh Guru, menyentuh kepala orang, macam itu. Terdapat khazanah besar di sebaliknya yang belum dipelajarinya. (Ya.) Bukan itu saja. Orang yang Guru tugasi untuk memberikan arahan inisiasi lisan pun tak tahu akan semua itu. (Betul.) Sebab itu dia perlu bergantung kepada Kuasa Guru untuk bersambung dengan Kuasa Guru baru boleh Guru mengajar lebih banyak lagi. (Betul tu.) (...) Jadi itu bukan suatu kaedah. Kita hanya buat sementara waktu, dalam bahasa duniawi, perlu kata itu ‘Kaedah Quan Yin’ tetapi itu bukan kaedah. Itu kuasa yang memakrifatkan. Itu Kuasa Guru. Guru perlu berperingkat tinggi sekali baru boleh menahan segala kuasa dari Syurga di dalam badan fizikal. (Ya.) (...)

Itu tidak jujur juga. (Ya.) Kamu mendakwa kamu ialah Guru padahal kamu bukan. Kamu tiada sebarang kuasa. Jadi karmanya sendiri kembali kepada dia dan dia juga mengambil karma orang lain dengan inisiasi, maka mereka semua pergi ke neraka. Tiada bantuan. (Ya.) Terputus sambungannya. (...)

Berkenaan dengan orang yang memberi inisiasi tanpa kebenaran Guru, saya lihat mereka jatuh sakit dan banyak mengganggu saya di dalam, mendoakan pemaafan dan sebagainya, malah menulis kepada kumpulan Âu Lạc (Vietnam), meminta maaf. Guru boleh memaafkan. Itu senang saja. Sama seperti sungai memaafkan anak sungai, lopak air kecil yang sudah keluar, terputus. Ia memutuskan diri drpd sungai besar, jadi tidak bersatu. Jadi sungai memaafkan atau tidak memaafkan, lopak air kecil atau anak sungai itu tetap perlu mengikut laluannya kerana ia terlalu sedikit, terlalu lemah. Kemudian ia perlu menjadi kotor atau keruh mengikut persekitaran mana-mana saja lopak air kecil atau anak sungai itu mengalir. Dan ia takkan bersatu semula dengan lautan.

Jika anak sungai itu ingin bersatu semula dengan lautan, maka ia perlu mulakan semula, perlu tersejat menjadi awan, kemudian menjadi hujan, kemudian kembali ke bumi semula. Jika kumpulan hujan ini cukup bertuah untuk turun ke dalam sungai besar, maka mengalir ke lautan bersama arus sungai. Jika tidak bertuah, kumpulan air hujan ini akan jatuh ke atas batu, gurun, semak berduri dan mengalir ke tanah terbiar atau diserap ke dalam bumi, maka perlu mulakan semula. Ia mengambil masa yang panjang, seperti dari A-B-C semula. (Ya, Guru.) Itu pun jika sedikit air itu boleh mulakan semula, atau hilang saja di gurun yang kering, banyak menyerap, dan hilang selama-lamanya.

Jika orang-orang ini berani berbuat demikian di belakang Guru dan mendakwa bahawa ajaran dan kaedah Guru adalah miliknya, maka egonya pasti sangat besar, (Ya, pasti.) cita-cita pasti sangat tinggi. (Benar.) Kerana begitu senang saja, mengapa tidak tanya Guru, “Boleh saya beri inisiasi?” (Ya, Guru.) Kemudian hanya berikan nama-nama orang. Jika dia baik, saya akan benarkan. (Ya. Betul.) Jika tidak, saya akan hantar orang lain. Mengapa menyelinap di belakang Guru macam tu? (Ya. Tidak baik.) Jadi ego dan peringkat rendah, itu apa yang berikan kuasa kepada maya terhadap mereka, sesiapa saja. (Ya.) (...)

Berkenaan dengan dua orang yang memberi inisiasi tanpa memberitahu Guru dulu itu, saya dah beri amaran kepada mereka banyak kali tetapi mereka jatuh lebih dalam ke dalam kejahilan, kesombongan dan ketamakan. Kali terakhir saya berikan amaran, saya kata mereka perlu bertaubat sekurangnya nyawa akan diselamatkan. Tidak dengar. Kemudian tak lama selepas itu, mereka jatuh sakit, kemudian di atas katil sakit, mereka bertaubat. Dah terlewat. (Betul. Ya, Guru.) (...)

Jadi jika kamu benar-benar nak beramal, kamu perlu serius supaya Kuasa Guru dapat meningkatkan kamu, bukan berlengah-lengah di sudut gelap atau kawasan peringkat rendah hanya untuk mendapat pujian drpd orang lain, atau supaya mereka akan berikan sesuatu kepada kamu. Itu tak semestinya wang. Ego dan cita-cita, nafsu rendah ada banyak bentuk. Kamu semua, berhati-hati dengan perangkap maya. Mungkin ia kelihatan elok untuk seketika tetapi dalam jangka masa panjang, ia membawa kehancuranmu. (Ya, Guru.)

Ingat baik-baik, sentiasa ingat akan Tuhan. Sentiasa berikan khidmatmu kepada orang lain dengan nama Tuhan. Kerana kita tiada apa-apa yang hebat. Kita datang dengan tiada apa-apa pun, dan akan pergi dengan tiada apa-apa pun. Kita tak boleh kata apa-apa adalah daripada kita, apalagi mengambil pengetahuan spiritual daripada seseorang yang lain dan mendakwanya milik kita. Ini benar-benar tak tahu malu. Ini kehidupan yang terlalu rendah. (Ya, betul.) Saya harap kamu semua dengar. Ia serius. Ia bukan permainan yg boleh kamu main. Sama seperti jika kamu tak tahu bagaimana mengendalikan tenaga elektrik, maka jangan cuba, berbahaya bagi kamu. (...)

Amalan, aspirasi, idaman spiritual bukanlah permainan untuk kamu main demi untung dengan sebarang cara. Untung tak semestinya wang. Ini memang sangat buruk. Harap tiada sesiapa pun drpd kamu akan cuba jenis permainan yang bodoh itu.

Memudaratkan juga, bukan sahaja bodoh. Memudaratkan diri sendiri, memudaratkan orang lain kerana kamu tiada kuasa yang mencukupi utk membersihkan diri. Kerana kamu tak beramal dengan baik. Kamu pergi ke arah yang tak betul, ke arah duniawi atas nama amal jariah atau entah apa lagi hanya untuk kepentingan diri. Kemudian kamu mengambil karma orang lain dan bergaul dengan orang di dunia secara sembarangan, tidak memilih dan karma mereka datang kepada kamu juga. Karma kamu dah cukup untuk mengheret kamu ke bawah. Sekarang kamu bawa lebih banyak bagasi daripada orang lain.

(Saya faham mengapa orang yang memberi inisiasi tanpa kebenaran pergi ke neraka, tetapi bagaimana dengan orang yang menerima inisiasi? Kelihatan macam mereka mungkin berhati murni juga untuk mendapatkan inisiasi. Mengapa mereka perlu pergi ke neraka?)

Kerana karma mereka tidak bersih. (Ya.) Dan kerana dia berhubungan dengan orang neraka. Mereka berhubungan dengan guru neraka ini. Mereka percaya kepada dia. (Ya.) Jadi ke mana guru pergi, anak murid pergi. (...)

Macam ni, (...) jika sesiapa pun boleh jadi Guru, (Ya.) maka tak perlu hanya satu Nabi Isa (Ah! Betul tu.) dan tak perlu hanya satu Buddha, tak perlu hanya satu Guru Nanak, tak perlu hanya satu Nabi Mahavira, tak perlu hanya satu Nabi Muhammad SAW. (Ya, Guru.) Tak perlukan semua Guru Hindu seperti Patanjali. Misalnya macam itu. Kerana Mereka telah ditugasi Tuhan. (Ya.) Krishna bersama Tuhan di dalam (Ya, Guru. Faham.) walaupun di luar Dia kelihatan sama seperti kita. Nabi Isa tak kelihatan berbeza dengan orang lain. Kecuali apabila Mata Ketiga kamu telah buka baru dapat kamu lihat Cahaya di sekeliling-Nya sepanjang masa. Begitu juga dengan Kabir atau Guru-guru lain. (Ya, Guru.)

Mereka ada kuasa ini. Mereka dapat menyimpannya. Sama seperti kabel besar (Ya. Oh! Ya.) bersambung dgn grid elektrik yang besar, grid pusat. Jika tidak, hanya sebarang kabel yg tak bersambung, ia kelihatan sama tapi tiada apa-apa pun. (Betul.) Tiada kuasa.

Jika Guru memilih seseorang untuk menyebarkan ajaran, maka dia terpilih. Dia akan memilih wakil-Nya. (Ya.) Tetapi mereka sentiasa bersama Mereka. (...)

Host: Guru Yang Maha Penyayang, kami amat menghargai Guru memberikan hadiah yang terbesar kepada kami, iaitu inisiasi. Bakti Guru yang paling signifikan dan tidak bersyarat kepada manusia, seperti bakti semua Guru agung yang lain, sentiasa ialah sumber hidup yang tak dapat diukur bagi dunia kita. Kami berasa kagum dan berdoa agar semakin banyak orang akan menerima khazanah Syurga ini dan bersatu semula dgn Tuhan di dalam. Maka kita akan hidup di syurga di Bumi, mengetahui kegembiraan sebenar, rendah diri dan patuh di depan Yang Maha Berkuasa. Semoga Guru Yang Dihargai sentiasa sihat dan menikmati keselamatan terbesar yang disokong oleh semua Dewata Syurga.

Untuk mendengar respons Mahaguru Ching Hai terhadap pandangan Pyongyang tentang usaha Presiden Trump untuk membawa keamanan kepada Semenanjung Korea serta lebih banyak pandangannya tentang pelbagai topik penting yang lain, saksikanlah rancangan Antara Guru dengan Anak Murid pada Sabtu, 20 November untuk siaran penuh panggilan telefon ini.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
31:45

Berita Wajar Diberi Perhatian

2024-11-20   90 Tontonan
2024-11-20
90 Tontonan
2024-11-20
68 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android