Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia Ini Terbentuk daripada Apa, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi sekarang ada satu lagi perkara yang saya nak beritahu anda. Dalam keadaan itu, jika anda terpaksa pergi ke neraka, saya tak tahu bila anda boleh keluar. Kali ini ambil masa yang lebih panjang untuk semua pengadilan dibuat. Jadi kalau-kalau anda pergi ke neraka, anda mesti ingat baik-baik bahawa anda takkan mati di neraka atau mana-mana pun. Roh anda bersifat abadi. Tuhan, dah tentu, kasihi anda selama-lamanya. Meskipun anda terpaksa alami tempoh pembersihan di Bumi sini atau neraka, ingatlah, roh anda takkan mati. Ingatlah itu dan berdoa dengan apa-apa saja kekuatan yang anda ada.

Saya masih memikirkan mungkin cara yang lebih baik untuk bantu anda bawa keamanan kepada dunia ini tetapi anda mesti menjadi vegan, berbelas kasihan. Anda mesti berbelas kasihan terhadap makhluk lain sebanyak anda mahukan belas kasihan untuk diri sendiri, keluarga, kawan, jiran – semua orang tersayang dan kenalan anda. Ada dua cara: cara saya dan cara anda – bukan jalan sehala. Itu maksudnya. Kita perlu bekerja bersama.

Sesiapa yang bekerja bersama saya dalam hati anda, dengan sebarang cara, saya akan dapat bantu anda. Sesiapa yg tidak, saya akan tak berdaya dengan sedih, melihat saja. Hati saya akan sakit untuk anda dan berdoa untuk anda, mengetahui bahawa jalan yang anda pilih, pilihan anda, sangat memudaratkan bagi anda. Tetapi saya perlu tunggu sehingga anda sedar. Atau mungkin suatu hari nanti lepas sangat banyak hayat yang lain, anda akan sedar dan menemui Guru bermakrifat, kemudian Santo suci itu akan bantu anda. Itu masa yang sangat panjang.

Saya cuma harap semakin banyak orang akan menjadi vegan melalui cara kami buat paparan di Supreme Master Television, melalui kata-kata ikhlas saya – kata-kata ikhlas saya akan mempengaruhi dan membantu anda. Itu saja yang boleh saya harapkan dan doakan buat masa ini.

Tetapi jika anda terus mahu dunia ini menjadi medan bunuh bagi manusia, bagi orang-haiwan dgn cara-cara yg berlainan – peperangan, bencana, wabak, penyakit misteri, virus, bakteria – maka ia akan menjadi sebagaimana yg anda mahukan. Semua bencana, penyakit dan wabak yang berulangan, tak henti-henti, teruk ini berlaku di dunia ini kerana itu apa yang anda mahukan. Anda ciptanya dengan fikiran, perbuatan, cara hidup anda – cara hidup tak berbelas kasihan. Secara sedar atau tak sedar, ia akan timbulkan segala jenis kesusahan, penderitaan dan kedukaan sebagaimana yang anda saksikan sekarang di dunia kita.

Media Report from WION – Sept. 18, 2023, Shivan Chanana: Sepuluh buah negara dan wilayah dilanda banjir teruk dan semua ini berlaku dalam masa 12 hari saja. September bermula dengan taufan yang membinasakan Hong Kong. Di tempat lain, di Libya, banjir yang bawa malapetaka telah bunuh beribu-ribu orang dan menyebabkan banyak ribu orang hilang. Kemudian ada Ribut Daniel yang melanda kawasan yang luas di Wilayah Mediterranean. Ia merupakan akibat fenomena tekanan rendah kuat sangat yang bertukar menjadi ribut yang jauh lebih kuat. Ribut ini membawa hujan lebat dan banjir di seluruh kawasan itu. Ahli sains telah beri amaran bahawa jenis kejadian cuaca melampau yang mempengaruhi negara-negara di seluruh dunia ini boleh menjadi semakin biasa apabila krisis iklim bertambah buruk. Kerugian besar akibat banjir juga menonjolkan keperluan segera bagi kerajaan bersedia untuk realiti baharu ini.

Adalah begitu mudah untuk melepaskan potongan daging orang-haiwan itu dan mengambil protein vegan. Semua sayur dan buah ada segala protein yang anda perlukan, lebih banyak daripada potongan daging reput berdarah yang anda masukkan ke dalam mulut setiap hari. Tapi semoga Tuhan berkati anda supaya menjadi lebih bermakrifat, menaik lebih tinggi agar anda dapat benar-benar lihatnya. Dengar kata-kata saya ialah satu perkara, mengamalkannya ialah perkara lain. Sesetengah daripada kononnya anak murid saya pun sangat cuai dengan ini kerana mereka tidak terus nampak akibatnya. Hanya semasa wabak baru mungkin mereka lebih faham sikit. Mereka faham dengan lebih dalam bahawa menjadi berbelas kasihan dan pengasih dengan memilih gaya hidup vegan benar-benar bermanfaat kpd semua orang terutamanya diri sendiri dan ahli keluarga. Tetapi tidak kira apa yang saya katakan kepada banyak manusia, itu tetap seperti air yang dicurahkan ke atas orang-itik. Ia takkan mempengaruhi mereka. Maka teruslah menderita, terus alami kesakitan, kedukaan dan penyakit sebagaimana yg anda mahukan.

Saya hanya boleh berdoa untuk anda agar anda akan segera sedar. Saya hanya boleh berdoa untuk anda agar Tuhan akan sentiasa berbelas kasihan dan menaikkan anda dengan sesuatu cara. Tetapi ini dunia fizikal, Tetapi ini dunia fizikal, jadi anda perlu bekerjasama secara fizikal. Kerana di dunia fizikal, ada hukum yang berbeza dengan Syurga. Di Syurga, makhluk tidak dihukum. Makhluk takkan buat apa-apa yang melanggar hukum. Tiada hukum di Syurga. Kita akan buat dengan betul. Tetapi di dunia fizikal ini, ada banyak godaan, banyak cara untuk memerangkap orang di sini untuk berbuat salah.

Banyak situasi akan diwujudkan untuk anda melakukan dosa, jadi anda akan dihukum dan dilahirkan semula secara berulangan. Setiap kali anda kembali ke Bumi sebagai manusia atau dalam badan fizikal orang-haiwan, contohnya, sebelum itu, anda berjanji bahawa anda akan berbuat baik, akan faham dan buat segala perkara baik, menjadi orang mulia tetapi anda akan tergoda, terperangkap, terperdaya ke dalam situasi supaya anda akan berbuat salah lagi. Anda takkan ingat apa-apa pun daripada masa lampau, hayat lampau anda. Sangat sukar bagi mana-mana manusia ingat akan hayat lampau mereka. Oleh itu, anda akan berbuat salah lagi. Jika anda ialah orang-haiwan, anda akan lebih ingat. Sebab itulah kebanyakan orang-haiwan tidak berbuat salah. Tetapi manusia akan bunuh mereka atau syaitan pun kadangkala akan merasuk haiwan untuk bunuh haiwan lain atau manusia, atau cederakan manusia.

Kadangkala anjing yg sangat penyayang, lemah lembut pun dirasuk untuk mencederakan manusia atau malah pemilik mereka kerana kena rasuk pada ketika itu oleh syaitan, syaitan ghairah, hantu atau musuh manusia itu. Roh, hantu musuh mati manusia itu masih merayau-rayau di planet ini dan benar-benar ingin membalas dendam terhadap kononnya bekas musuhnya.

Itu bagaimana kita alami begitu banyak kesusahan. Itu bagaimana kadangkala kita malah terdengar bahawa anjing menyerang manusia tetapi itu bukan salah anjing tersebut. Bukan, bukan, tidak sama sekali. Orang-anjing yang lahir semula di planet ini tahu sangat, sepanjang masa, setiap saat dalam hidup mereka bahawa mereka mesti lemah lembut dan melindungi manusia, mungkin hanya dalam kes itu apabila hantu kononnya musuh atau syaitan ghairah yang kuat menguasai mereka dan mereka lemah, tak dapat melawannya. Roh mereka ditolak keluar buat sementara waktu itu, kemudian syaitan atau hantu itu mengambil alih. Sebab itulah kononnya anjing itu menyerang manusia tersebut. Tetapi bukanlah anjing itu yang menyerang manusia tersebut – itu syaitan, hantu di dalamnya, hantu musuh orang yang diserang itu yang mengawal anjing itu dan membuat anjing fizikal itu berlawan atau cederakan manusia itu. Saya sentiasa rasa kesal mendengar itu pada bila-bila masa kerana saya tahu adalah tidak benar bahawa anjing itu ialah penjenayah. Tidak, tidak.

Ya Tuhan, dunia ini… Saya boleh jelaskan selama-lamanya tetapi siapa akan dengar kata-kata saya? Berapa banyak? Itu begitu menyakiti hati saya. Kadangkala saya berfikir saya telah membuang masa muda saya, membuang masa saya, tak banyak hasilnya. Ketika masih muda, saya berfikir saya dapat selamatkan dunia. Saya tak tahu sama ada saya dapat berfikir macam itu lagi. Ada masanya, ya, tetapi sekarang saya terlalu sibuk, tak dapat berfikir pun. Saya hanya cuba buat sebaik yang boleh setiap saat dalam hidup saya, apa-apa saja sisa hidup saya.

Dalam kitab Buddha, Kitab Teratai, bab satu, Buddha sebut cerita tentang seorang bapa yang sangat kaya, penyayang, prihatin, berikan segalanya kepada anaknya supaya mereka dapat hidup selesa, mewah. Mereka ada segalanya yang diperlukan atau diingini. Tetapi pada suatu hari, anaknya merayau ke dalam sejenis puing istana. Mereka bermain di sana. Si bapa melihat ia terbakar dan rasa begitu takut untuk anaknya kerana anaknya tidak tahu bahawa ada juga banyak syaitan, hantu di dalam istana itu yang akan mencederakan mereka pada bila-bila saja. Jadi dia perlu cuba bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan mereka dengan cara-cara yang berlainan tetapi anaknya begitu asyik bermain dan berlari ke sana sini di dalam istana besar yang terbakar itu dan tidak benar-benar cuba memahami apa yang si bapa beritahu mereka.

Itu serupa dengan dunia ini sekarang atau pada bila-bila dunia ini adalah macam itu. Banyak Guru datang dan pergi kerana risau. Mereka rasa begitu berbelas kasihan, pengasih terhadap manusia dan semua makhluk yang menderita di istana planet ini yang telah runtuh ini. Tetapi masa Mereka terhad juga. Jadi apabila terpaksa tinggalkan sini, Mereka terpaksa tinggalkan sini. Tidak kira berapa banyak Mereka kasihi manusia dan semua makhluk di planet ini, apabila masa Mereka telah tiba, Mereka terpaksa tinggalkan sini kerana bentukan badan fizikal bukanlah untuk tahan selama-lamanya, tidak seperti di Syurga. Jadi tolonglah, pertimbangkan itu. Jangan terlalu lama berada di dunia yang ada segala jenis godaan yang akan heret anda ke neraka atau hidup yg lebih rendah selama-lamanya ini

Baiklah. Ada satu lagi perkara yang saya nak beritahu anda kalau-kalau saya tidak berjaya menyelamatkan planet ini dan makhluk di atasnya. Maka banyak daripada anda yang tidak ingat akan Tuhan, tidak ingat akan Ajaran Guru dan bersibuk-sibuk hingga saat terakhir hidup anda hanya untuk kenikmatan fizikal, keseronokan, kejayaan dan kegagalan, mungkin pergi ke neraka, atau pasti akan pergi. Jadi sekarang ada satu lagi perkara yang saya nak beritahu anda. Dalam keadaan itu, jika anda terpaksa pergi ke neraka, saya tak tahu bila anda boleh keluar. Kali ini ambil masa yang lebih panjang untuk semua pengadilan dibuat. Jadi kalau-kalau anda pergi ke neraka, anda mesti ingat baik-baik bahawa anda takkan mati di neraka atau mana-mana pun. Roh anda bersifat abadi. Tuhan, dah tentu, kasihi anda selama-lamanya. Meskipun anda terpaksa alami tempoh pembersihan di Bumi sini atau neraka, ingatlah, roh anda takkan mati. Ingatlah itu dan berdoa dengan apa-apa saja kekuatan yang anda ada. Anda takkan mati di neraka dengan segala penderitaan itu, penderitaan tak henti-henti yang dikenakan terhadap anda. Anda takkan mati. Ingatlah itu. Akan ada masanya anda keluar dari sana.

Jika anda keluar dari sana, ingatlah akan Tuhan, doakan pemahaman yang lebih baik. Jika anda dapat ingat akan Tuhan di neraka, berdoalah saja. Berdoa kpd Tuhan agar hantar bantuan, penyelamatan kepada anda, membebaskan anda dari neraka. Dan dalam hidup ini lagi, doakan pembebasan, doakan Berkat, Belas Kasihan dan Pengampunan Tuhan. Berdoa kepada Tuhan agar mengekalkan kekuatan anda supaya anda ingat akan Tuhan. Berdoa dengan ikhlas setiap hari. Ingat: berdoa setiap hari. Meluangkan sedikit masa apabila anda bangun, semasa bekerja, semasa berjalan, semasa makan, semasa berasmara, semasa anda… Ingat pada bila-bila saja. Apabila anda ada masa lapang selama satu saat, asyik berdoa kepada Tuhan agar anda mungkin terlepas dari neraka. Asyik berdoa sepanjang masa. Berdoa di neraka jika boleh supaya anda dapat dibantu dan dibebaskan.

Sentiasa ada malaikat di dunia ini, di neraka dan juga di akhirat. Mereka dapat dengar doa anda. Jika anda berdoa, mereka akan bantu anda Makhluk astral di zon penampan Pemurah akan dengar doa anda dan datang menyelamatkan anda. Berdoalah pada bila-bila saja. Berdoalah. Berdoa untuk orang yang telah mati dan orang tersayang juga. Sekurang-kurangnya jika anda tiada sesiapa yang anda kasihi, berdoa untuk diri sendiri. Itu saja yg boleh saya beritahu anda sekrg Semoga Tuhan berbelas kasihan terhadap anda semua. Amin. Saya masih cuba tetapi saya tak pasti lagi. Semoga anda diselamatkan oleh mana-mana Santo dan Orang Suci yang mungkin di planet ini. Anda perlukan Mereka. Anda perlukan bantuan fizikal dan berkat Mereka. Semoga Tuhan berbelas kasihan terhadap kita semua. Amin.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2023-10-01
10523 Tontonan
2
2023-10-02
6714 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android