Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Letupan Mini untuk Membaharui Dunia Ini, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Segalanya yg saya beritahu anda sekarang ini telah disiapkan tetapi saya masih menunggu ‘syaratnya’ menjadi matang. Kita masih menunggu jumlah genting vegan tercapai kerana sekarang manusia hanya 30% vegan. Tetapi nasib baik kita ada sangat banyak, ya Tuhan, banyak orang-haiwan yang merupakan vegan juga. Itu ditambahkan pada tuah kita, simpanan pahala kita. Tetapi kita masih kekurangan 50 lebih peratus lagi. Saya harap lepas seketika… kerana karma tak dapat ditangguhkan dgn terlalu lama. Maksud saya karma baharu yang diwujudkan oleh manusia tak boleh diketepikan dengan terlalu lama walaupun kuantitinya kurang.

Saya baru teringat, karma ini sangat besar, sangat besar. Jadi bukanlah kita kata, “Okey, saya akan singkirkan karma ini,” dan siaplah. Bukan macam itu. Ini ambil masa, oh, boleh bertahun-tahun dengan perlahan-lahan, secara rahsia. Tetapi sebenarnya kita tak boleh buat begitu dengan masa Bumi. Kita perlu buat begitu dengan masa Syurga, lebih cepat, seperti satu tahun menjadi satu saat atau 10 tahun menjadi satu saat, sesuatu macam itu, mungkin lebih banyak. Saya hanya sebut beberapa angka supaya anda boleh faham perbezaannya. Dan buat begitu dengan kaedah Syurga dan dengan Jiwa dan Kuasa Guru Tertinggi yang terjelma di Bumi dengan bantuan Guru Tertinggi di Syurga Tinggi. Memetik kata-kata Guru Tertinggi sendiri, “jauh sana”, “di Alam jauh sana”. Itu apa yang dikatakan-Nya kepada saya. Selain itu, dah tentu, dengan Rahmat dan Belas Kasihan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ini perlukan banyak pengelolaan, pengaturan dan rundingan jika dapat dilakukan. Macam itulah.

Maka apa lagi? Bukan itu saja. Kita juga perlu berkawan dengan kononnya ‘kunci’ tempat simpanan karma – orang yang menjaga kunci tempat simpanan karma, orang yang tahu bagaimana buka itu. Bukan orang di halaman. Bukan. Sebelum itu, sebelum kita singkirkannya ke halaman, kita perlu tahu dan bekerja bersama orang yang ada kuncinya. Dia penjaga tempat simpanan: sama seperti di mana-mana kedai atau pejabat, terdapat orang yang ada kunci, tak semestinya hanya bos ada kuncinya. Tukang cuci pejabat pun ada kunci untuk masuk ke dalam pejabat bagi membersihkannya setiap hari. Atau tukang cuci pasar raya, bos akan berikan kunci kepada dia, orang yang dipercayai untuk masuk ke dalam setiap hari bagi membersihkan kedai, atau malah salah seorang pekerja yang sangat biasa, rendah.

Tetapi jika orang ini, pekerja pejabat atau kedai itu ingin membuat sesuatu bersama kawannya, maka bos takkan tahu. Mungkin mengeluarkan benda atau sembunyikannya di sesuatu tempat demi diri sendiri atau orang lain tetapi bos tak dapat tahu. Jika mereka nak memindahkan seluruh kedai, itu jauh lebih sukar. Mungkin mereka perlu tunggu hingga seperti waktu Krismas atau hari cuti besar, maka kedai akan tutup selama begitu banyak hari dan mereka akan memindah dgn banyak. Kemudian lepas itu, mereka pindahkan lebih banyak lagi, sebahagiannya dan sebahagiannya, setiap hari atau setiap minggu atau sesuatu macam itu apabila kedai ditutup. Ini lebih senang untuk difahami dan lebih senang untuk dibuat daripada memindahkan karma yang sangat besar – boleh menutupi angkasa banyak kali – simpanan karma, jumlah karma, maka jauh lebih sukar. Saya tak dapat jelaskan semuanya dalam bahasa manusia tetapi saya buatnya senang, kemudian anda bayangkannya.

Sekarang pun, saya masih berfikir berapa mustahilnya tugas itu, dan ketika melaksanakannya, segalanya kelihatan macam kerja selamanya dan mustahil untuk dibuat...!!! Sekarang berita baiknya ialah 95% telah disiapkan. Saya tahu ia telah disiapkan apabila saya terdengar LETUPAN di dalam teras planet kita. Bukan LETUPAN besar, dah tentu, seperti apabila seluruh kosmos dicipta. Hanya Letupan kecil tetapi itu Letupan BESAR bagi saya. Semua orang-burung terus datang sedekat mungkin untuk menyanyikan lagu gembira seperti korus. Di dalam pun, semua pintu tertutup pada musim sejuk, kita tetap dapat dengarnya dengan kuat dan jelas!! Saya tanya mengapa. Mereka malah beritahu saya tentangnya. Mereka tahu akannya, Letupan yang membaharui dunia ini. Mereka nyanyikan lagu kesyukuran kepada Tuhan.

Segalanya yg saya beritahu anda sekarang ini telah disiapkan tetapi saya masih menunggu ‘syaratnya’ menjadi matang. Kita masih menunggu jumlah genting vegan tercapai kerana sekarang manusia hanya 30% vegan. Tetapi nasib baik kita ada sangat banyak, ya Tuhan, banyak orang-haiwan yang merupakan vegan juga. Itu ditambahkan pada tuah kita, simpanan pahala kita. Tetapi kita masih kekurangan 50 lebih peratus lagi. Saya harap lepas seketika… kerana karma tak dapat ditangguhkan dgn terlalu lama. Maksud saya karma baharu yang diwujudkan oleh manusia tak boleh diketepikan dengan terlalu lama walaupun kuantitinya kurang. Kerana karma lama berada di halaman, telah dikunci.

Perkataan ‘HALAMAN’ juga daripada Raja Karma apabila DIA bergembar-gembur tentang berapa ‘haramnya’ kami menyingkirkan karma! Tiada orang yang dapat kuncinya. “Tiada orang yang dapat kuncinya” bukanlah kata-kata saya, sebenarnya. Saya akan kata, “Tiada orang yang dapat bukanya.” Tetapi “Tiada orang yg dapat kuncinya ialah kata-kata Raja Karma apabila dia merungut dan beritahu saya bahawa halaman yang menyimpan karma manusia, tiada orang yang dapat kuncinya. Tapi saya tak pernah tahu seseorang boleh gunakan kata-kata macam “Tiada orang yang dapat kuncinya.” Saya harap anda faham. Ini bermakna tiada orang dapat bukanya. Tiada orang yang ada kunci utk bukanya. Tiada orang di seluruh Alam Semesta.

Sekarang apa yang saya nak katakan? Karma baharu manusia – orang yang wujudkannya setiap hari – masih sangat kurang yang perlu dihadapi. Hanya apabila itu masa yang sangat, sangat panjang, maka ia bertimbun baru akan kita alami bencana, malapetaka iklim, wabak, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Jadi sekarang, sementara itu, sementara menunggu 50% ini tercapai, menambahkannya, kita perlu benar-benar rajin bersyukur kpd Tuhan, berdoa dan berubah. Anda, kononnya anak murid saya, keluarlah, cuba sedaya upaya untuk yakinkan orang supaya jadi vegan. Jangan hanya laissez-faire (berdakap tangan) dan “Guru buat segala-galanya. Guru tahu apa yang nak dibuat. Guru berkuasa.” Tidak. Hal ini bukan berkaitan dgn Guru seorang saja. Manusia perlu memberi sumbangan. Itu satu-satunya cara kita dapat keluar daripada masalah ini, berevolusi dan mendapat pembebasan sementara masih hidup di Bumi. Jika teruskan macam ini, kita akan mengecap keamanan selama-lamanya untuk manusia, orang-haiwan dan semua jenis makhluk di planet ini. Itu hasil projek ini, kaedah ini, cara ini. Lima puluh peratus vegan tidaklah banyak

Jika semua orang vegetarian berubah menjadi orang vegan, itu akan membantu juga. Semua orang-haiwan vegan dan juga bayi vegan ini – kerana apabila dilahirkan, mereka tidak makan sebarang daging orang-haiwan atau apa-apa pun, diberi susu – semua ini akan dikira. Dan semua bayi haiwan yang walaupun apabila membesar mungkin makan daging, ketika dilahirkan, mereka tidak – semua orang-haiwan vegan ini menambahkan peratusan kita. Kita perlu berterima kasih kepada mereka selama-lamanya. Kita perlu bersyukur atas Rahmat Tuhan. Dia malah mencipta orang-haiwan vegan untuk kita, untuk bantu pada waktu kecemasan teruk ini. Sekarang, orang-haiwan vegan perlulah orang-haiwan vegan natural dan orang vegan perlulah secara natural, secara rela menjadi vegan. Jika tidak, mereka takkan dikira.

Orang-haiwan yang diternak di ladang kilang – dikunci di dalamnya serta diberi makan segala jenis antibiotik dan ubat ke dalam sistem mereka – mereka tidak dikira juga meskipun diberi makanan vegan. Itu sistem yang berbeza. Mereka tak cukup suci untuk menambahkan peratusan populasi vegan kita. Jadi kita perlu hanya bergantung pada orang-haiwan liar yang merupakan vegan secara natural. Mereka begitu suci dan masih berhubung dengan Syurga dan Bumi. Semasa kita ialah orang vegan, kita lebih berhubungan dengan Syurga dan Bumi. Tahu atau tidak, suka atau tidak, macam itulah. Jadi semua orang-haiwan di ladang kilang bukan sahaja tak dapat bantu kita meskipun mereka diberi makanan vegan tetapi juga mewujudkan beban untuk karma kita – lebih banyak karma untuk kita, tak membantu sama sekali. Terutamanya mereka yang miliki ladang kilang dan pekerja yang membunuh setiap hari macam itu untuk menyara diri, itu karma yang teruk bagi mereka. Ini mungkin tidak dikira sebagai orang yang akan diberkati dan bebas, seperti orang biasa yang menjadi vegan dan tidak membunuh apa-apa pun. Meskipun sebelumnya mereka makan daging orang-haiwan, minum susu atau makan telur dan orang-ikan, jika mereka berubah menjadi vegan, dalam masa yang sangat singkat, mereka akan dibersihkan dan jadi suci. Itu, dah tentu, akan menambahkan peratusan orang vegan di Bumi untuk bawa keamanan selama-lamanya – utk semua makhluk, bukan manusia saja. Ya Tuhan. Saya harap hari itu akan segera tiba. Jika anda lihat apa yang berlaku menyebabkan keamanan dan veganisme, maka ia akan berlaku tak lama lagi. Keamanan akan datang dulu dan veganisme akan datang tak lama selepas itu. Jika anda lihat itu berlaku, maka bergembiralah, mengetahui bahawa projek ini berhasil untuk manfaat anda. Jika ia tak berhasil, maka anda takkan nampak apa-apa seperti itu.

Kesimpulan: Saya telah cuba ini dengan Rahmat besar Tuhan Maha Berkuasa, Maha Tinggi yang kita tak dapat memuji, menyembah, memberi penghormatan dan bersyukur dengan secukupnya, apa-apa pun yang kita buat. Berapa banyak hayat pun, takkan cukup. Dan, dah tentu, dengan Belas Kasihan dan Kasih Sayang Guru Tertinggi di dunia ini di luar imaginasi kita serta semua Santo dan Orang Suci di sepuluh arah – masa lalu, sekarang dan masa akan datang Kita kasihi Mereka semua dari lubuk hati kita. Tetapi kita masih berhubungan dengan Guru Tertinggi dengan penghubung, dah tentu. Anda tahu akan itu. Saya harap anda tahu – tak mengapa jika anda tidak. Yang penting adalah menyelamatkan planet ini dgn semua makhluk di atasnya secepat mungkin, menyelamatkan sebanyak mungkin hidupan dan menebus sebanyak mungkin roh selepas mereka meninggalkan dunia fizikal ini. Itu apa yang paling penting. Siapa yang melakukannya tidak penting.

Ia telah dilakukan dan kita mendoakan hasilnya. Kita cuba sedaya upaya untuk yakinkan orang lain supaya jadi vegan, lagi cepat lagi baik kerana masa yang diperuntukkan boleh tamat juga. Segalanya ada masa diberi tertentu untuk jadi matang, menyelaras, membaiki dan membuat susulan. Di planet ini, di dunia fizikal, tiada apa-apa adalah selama-lamanya. Begitu juga dengan segalanya yang lain – benda abstrak, tak nampak yang lain.

Saya tidak tidur lena. Saya tak rasa makanan begitu enak. Hanya sehari sekali pun, rasanya tak begitu enak tetapi Tuhan akan menyuburkan saya sebaliknya. Guru Tertinggi akan buat saya kekal hidup dan sihat. Cuma saya memang berharap dan berdoa agar dapat lihat hari itu datang tak lama lagi, waktu umat manusia bebas daripada segala beban, kedukaan dan kebimbangan serta hidup bahagia dan ceria sebagaimana yang seharusnya meskipun di dunia fizikal ini dan di planet fizikal ini. Jika hari itu tiba, meskipun saya mati dengan serta-merta, saya tak kisah. Itu akan menjadi waktu paling gembira atau hari paling gembira dlm hidup saya apabila saya tahu bahawa planet ini selamat, semua makhluk telah diselamatkan dan roh mereka mendapat pembebasan. Oh, maka syukur kepada Tuhan atas itu! Amin.

Baiklah, sayang. Pujilah Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana membenarkan kita ada pilihan dalam hal ini dan mengatur segala pola, peraturan dan cara yang sukar dipercayai supaya projek ini disiapkan, hingga kini, 95%. Tetapi kita perlukan 50 lebih peratus orang vegan lagi daripada peratusan orang vegan yang kita ada sekarang. Jadi biar kita berharap ia akan dipenuhi secepat mungkin.

Saya kasihi anda semua dengan nama Tuhan. Saya bersujud di depan Tuhan Yang Maha Berkuasa setiap hari, bersyukur kepada Yang Maha Tinggi atas apa-apa saja yang dikurniakan, diberikan kepada kita, dan kerana mengampuni kita, sangat mengasihi kita tidak kira berapa buruknya kita, berapa banyak karma yang telah kita wujudkan dan berapa banyak kerosakan yang telah kita buat terhadap diri sendiri, makhluk lain dan seluruh dunia pada umumnya. Semoga anda ingat akan Tuhan selama-lamanya, setiap minit, setiap saat dalam hidup anda jika boleh dan rasai Berkat yang dicurahkan kepada kita. Amin. Amin. Amin. Saya kasihi anda. Semoga Tuhan berkati kita semua.

Saya memang ingin ucapkan terima kasih kepada anda semua yang terlibat dalam mesej ini, mesej terkini ini kerana mengemas kata-kata saya dan buatnya lebih dapat didengar kerana saya tak berada dalam keadaan terbaik tetapi anda buat semuanya dengan baik. Saya amat berterima kasih. Tuhan Berkati anda, Tuhan Kasihi anda dan saya kasihi anda. Terima kasih, pasukan saya yang paling dikasihi, pasukan yang menakjubkan, atas segalanya yang anda buat – bukan sahaja untuk ini tetapi juga untuk setiap hari. Saya tahu berapa gigihnya anda bekerja. Semoga anda diberi ganjaran meskipun anda tak perlukannya oleh Syurga serta semua Santo dan Orang Suci yang membantu dan menyokong anda setiap hari. Saya juga membantu, menyokong anda dari lubuk hati saya setiap hari. Kasihi anda.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/3)
1
2023-11-27
24378 Tontonan
2
2023-11-28
19547 Tontonan
3
2023-11-29
21371 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android