Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Apa yang Dimaksudkan dengan Guru: Daripada ‘Saya Datang untuk Membawa Anda Pulang’ oleh Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bab 5 Apa yang Dimaksudkan dengan Guru

“Guru ialah orang yang ingat akan Asal Mereka, dan disebabkan oleh kasih sayang, berkongsi pengetahuan ini dengan sesiapa saja yang carinya dan tidak terima bayaran untuk kerja Mereka. Mereka menawarkan semua masa, wang dan tenaga kepada dunia. Apabila kita capai peringkat Guru ini, kita bukan sahaja tahu akan Asal kita tetapi juga dapat membantu orang lain mengetahui nilai sebenar mereka. Mereka yang mengikut arah Guru segera mendapati diri berada di dunia baharu, penuh dengan pengetahuan sebenar, kecantikan sebenar dan kebaikan sebenar. Segala kecantikan, pengetahuan dan kebaikan di dunia luar wujud untuk mengingatkan kita tentang dunia sebenar di dalam. Bayang, berapa cantik pun, tidak pernah sebaik objek sebenar itu sendiri. Hanya benda sebenar dapat memuaskan roh kita, iaitu Tuan Rumah.

Guru sepatutnya ialah orang yang sudah sendiri sedar dan tahu akan Diri sebenar-Nya. Oleh itu, Dia dapat berkomunikasi dengan Tuhan, kecerdasan terbesar kerana ia ada di dalam diri kita. Sebab itulah Dia dapat menyampaikan pengetahuan ini, kuasa sedar ini kepada sesiapa saja yang ingin berkongsi kegembiraan ini.

Sebenarnya kita tidak mempunyai Guru dari satu segi. Hanya sehingga anak murid dapat mengenal peringkat Gurunya sendiri baru kononnya Guru diperlukan untuk membimbing dia hingga waktu itu saja. Tetapi kita tidak mempunyai kontrak atau apa-apa pun. Sudah tentu, anda mempunyai kontrak dengan diri sendiri yang harus anda patuhi hingga akhir dan ini adalah utk kebaikan anda sendiri. Inisiasi hanya bermakna detik pertama mengenal roh anda yang lebih agung. Itu saja.

Sementara Guru hidup berada di Bumi, Dia menanggung sebahagian daripada karma orang, khususnya mereka yang percaya kepada Guru, dan lebih-lebih lagi mereka yang merupakan anak murid Guru. Karma ini perlu dilangsaikan. Oleh itu, Guru menderita untuk anak murid dan umat manusia pada umumnya semasa hidup-Nya. Ini terjelma melalui badan-Nya. Oleh itu, mungkin Dia sakit, mungkin Dia kurang selesa, mungkin Dia diseksa, mungkin Dia dipaku pada salib, atau mungkin Dia difitnah, mungkin Dia ditindas. Mana-mana Guru pun perlu alami keadaan macam ini. Anda boleh sendiri lihat, Buddha, Nabi Muhammad SAW, Nabi Isa dan banyak Guru yang lain di Timur atau Barat pun. Tidak seorang pun yang jalani kehidupan yang tenang tanpa penindasan. Itu apa yang dimaksudkan dengan Guru berkorban untuk umat manusia. Tetapi hanya semasa Dia mempunyai badan untuk menderita akibat karma kerana karma di dunia ini bersifat fizikal. Jika kita ingin menyelamatkan orang daripada karma fizikal, kita memerlukan badan fizikal. Oleh itu, Guru perlu menjelmakan badan fizikal untuk menanggung segala kesusahan dan penderitaan dan langsaikan semuanya

Guru berada di dunia untuk bantu mereka yg perlukan bantuan tetapi Dia tidak ada di dunia ini. Dia tidak tertarik oleh dunia ini. Dia tidak berpaut pada dunia ini. Dia juga tidak berpaut pada kegagalan atau kejayaan-Nya di dunia ini. Anda lihatlah apa yang Nabi Isa lakukan di kemuncak kemegahan-Nya. Baginda sudah sedia untuk wafat jika harus begitu. Dengan kewafatan-Nya, Baginda ajar banyak orang cara berserah. Dgn tidak berpaut pada kemegahan dan hidup, Baginda ajarkan kehendak Tuhan. Baginda mengajar bahawa kita harus sentiasa mengikut kehendak Tuhan.”

Bagaimana Kita Mengenal Guru Sebenar?

“Sangat senang! Pertama sekali, Guru sebenar tidak akan menerima sebarang derma untuk kegunaan sendiri kerana Tuhan hanya memberi dan tidak mengambil. Kedua, Dia mesti memberikan bukti makrifat kepada anda. Contohnya, jika seseorang mendakwa dirinya mempunyai Cahaya, maka Dia juga mesti memberikan Cahaya kepada anda atau memberikan bukti kepada anda bahawa anda dapat dengar Firman Tuhan. Sesiapa yang dapat berikan bukti Cahaya dan Firman Tuhan kepada anda, itu seseorang yang boleh anda percayai. Guru bermakna pemberi Cahaya, penghapus kegelapan. Jika tidak, bagaimana anda tahu sama ada Dia ada apa-apa untuk ditawarkan?

Guru palsu akan sentiasa mengiklankan keajaiban kecilnya tetapi Guru sebenar tidak akan berbuat demikian. Jika terpaksa melakukannya, Dia akan sentiasa lakukan secara rahsia, hanya anak murid yang akan tahu dan hanya apabila perlu untuk menyelamatkan dia daripada situasi berbahaya, menyembuhkan penyakitnya, membantu dia dari segi mental atau mempercepat kemajuan spiritualnya. Pada masa itu, anak murid akan mengetahui nilai Gurunya.”

“Guru sebenar hanya boleh memberi dan tidak mengambil. Anak murid-Nya selesa tetapi Guru perlu menderita. Sebab itulah ada dikatakan bahawa Nabi Isa perlu menaikkan umat manusia dan perlu disalib. Baginda tak dapat nikmati keistimewaan. Sebab itulah orang memarahi dan menyalib Baginda. Macam mana pun, setelah anda mempelajari kaedah ini, anda dilindungi 100% oleh Kuasa Tuhan. Guru perlu seorang diri menahan segala jenis penderitaan supaya semua orang dapat nikmati keselesaan. Tetapi ini ialah pengorbanan sebagai ibu bapa! Anak nikmati segala keselesaan tetapi ibu bapa perlu bekerja untuk membekalkan semua benda dan memikul segala tanggungjawab.”
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-25
1 Tontonan
2024-11-24
249 Tontonan
1:25

Rumah Guru

849 Tontonan
2024-11-24
849 Tontonan
2024-11-24
370 Tontonan
2024-11-24
771 Tontonan
2024-11-23
181 Tontonan
2024-11-23
19 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android