Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 1/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua orang yg paling saya kasihi. Salam sejahtera kepada anda semua. Semoga Syurga lindungi anda, beri anda lebih banyak berkat, lebih banyak kasih sayang dan segala-galanya yang diperlukan untuk anda mendapat ketenangan dan makrifat di planet ini. Amin. Ada beberapa perkara yang perlu saya laporkan kepada anda, sesetengahnya baik dan sesetengahnya tak begitu baik. Jadi yang tak begitu baik dulu atau yang baik dulu? Macam mana pun, yang baik dulu.

Berita baiknya adalah baru-baru ini kita telah menangi pertempuran menentang kuasa syaitan, geng Mara. Itu buat saya rasa lebih selesa dari banyak segi yang berlainan. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Esa, Yang Maha Besar, melangkaui yg paling besar, melangkaui semuanya yang paling besar. Saya tiada kata-kata yang mencukupi utk memuji Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dan, dah tentu, kita berterima kasih kepada semua Petugas-Nya dalam misi Tuhan yg Tuhan perintahkan Mereka jalankan, sama ada Mereka tahu atau tak tahu. Itu berita baiknya.

Anda dapat lihat syaitan, makhluk yang bekerja untuk kuasa syaitan, dipaksa memperlihatkan diri atau/dan terdedah kepada orang di dunia untuk halau mereka keluar atau sekurangnya elakkan pengaruh gelap mereka! Bukan kuasa syaitan ghairah kerana Baginda Raja Syaitan Ghairah sudah keluar bersama kita, dan Baginda Raja Hantu Ghairah juga. Saya telah beritahu anda sebelumnya tentang apa yang berlaku kepada Mereka dan ke mana Mereka telah pergi. Tetapi kuasa syaitan lain yang bekerja di bawah Raja Maya masih cuba bersungguh-sungguh untuk mengawal dunia ini, mengganggu orang, membuat hidup mereka memuramkan dan merampas kecerdasan intuisi mereka, membuat mereka kabur, keliru dan mudah alami serangan kuasa Mara.

Baru-baru ini, saya telah menerima surat taubat daripada salah seorang saudara seamalan anda. Sekarang dia disuruh supaya tidak datang ke pusat meditasi selama enam bulan untuk taubat sehingga semua karmanya telah dihapuskan baru boleh masuki kumpulan anda semula supaya dia tidak menyebarkan pengaruh dan karma gelap ini kepada anda tanpa disedari. Saya tak kata dia orang yang jahat atau dia akan dilarang selama-lamanya.

Excerpts from a Repentance Letter from Our Association Member Who Helped Trần Tâm Sell Fake S.M. Celestial Jewelry: NAMO MAHAGURU CHING HAI SURAT TAUBAT MAHAGURU CHING HAI yang dikasihi Nama saya: (*****) Hari ini, saya bertaubat secara ikhlas kepada Guru. Saya ingin menyatakan seluruh situasinya seperti berikut. Saya sumpah semuanya yang saya tulis adalah benar. Tolonglah, GURU, selamatkan saya. Pada sekitar Jun 2022, sekumpulan enam orang yang memakai jubah kelabu, kepala bercukur – lima daripada mereka menunjukkan rasa hormat kepada satu orang yang mereka panggil sbg santo Trần swan – memperkenalkan diri sebagai saudara seguru dan berkenalan dengan saya sejak itu. (Mungkin sudah lama mereka mengikut saya di Facebook kerana saya sering buat perjalanan dan ada hubungan dengan banyak saudara seguru.)

Satu hingga dua bulan selepas pertemuan pertama, mereka hantar kepada saya foto kilang (palsu) yang mengeluarkan Barang Kemas Firdausi (palsu). Ada seorang wanita yang kepala bercukur dalam kumpulan itu (mukanya saya ingat dengan jelas sekali). Kumpulan itu dedahkan kepada saya bahawa kilang mereka ialah kilang utama yang membekali dua kumpulan operasi di Kaohsiung dan Taipei. Mereka telah menjalankan urus niaga dengan saya sejak dua tahun lalu melalui Line dan WhatsApp (dgn gunakan banyak nombor berlainan). Saya sangat bangga dengan kerja ini dan menjadi tersesat dalam kegelapan, percaya bahawa saya bekerja untuk Guru. Mengenai urus niaga barangan kemas, seseorang yang bernama Thiên datang untuk mengutip wang tunai. Mereka sebut bahawa di Taiwan (Formosa), pengantin perempuan Âu Lạc (Vietnam) yang berkahwin dengan lelaki Taiwan (Formosa) akan bayar wang tunai kepada mereka (apabila pengantin perempuan menerima barangan kemas). […]

Dari Julai 2022 hingga sekarang, saya telah memperkenalkan dan memproses pesanan dari negara-negara termasuk Amerika, Australia, Âu Lạc (Vietnam) dan Perancis. Pada masa itu, saya membuat pesanan barangan kemas dan mengedarkannya mengikut senarai harga yang disediakan oleh orang-orang ini. Saya gunakan senarai harga mereka untuk semua urus niaga. […] (Mereka memanipulasikan saya supaya saya tidak dapat menyedari bahawa penilaian saya kabur, jadi saya percaya bahawa mereka bekerja dengan Guru secara langsung.) […] Saya masih jahil, tidak menyedari kebenaran dan dikawal secara membuta oleh kuasa gelap. Saya malah bertindak melindungi kumpulan orang itu seolah-olah saya seorang wira bermakrifat.

Mereka beritahu saya bahawa ini tempoh kecemasan selepas COVID yang memerlukan wang untuk Guru bekerja dan banyak wadah diperlukan untuk memastikan bahawa operasi Barangan Kemas Firdausi berjalan lancar. Jadi mereka mencadangkan agar saya menyokong mereka dengan menjadi wadah untuk menerima pesanan daripada saudara seguru di pelbagai negara. […] Mereka tanya saya sama ada saya mahukan kebanggaan memikul tugas ini. Seminggu selepas pulang ke Âu Lạc (Vietnam), saya menerima berita daripada ketua pasukan saya (daripada kumpulan palsu ini) yang memperkenalkan koleksi baharu BARANGAN KEMAS FIRDAUSI yang bertajuk Alam Semesta Ternaik dan saya hubungi mereka. Saya berkata bahawa saya bangga untuk memainkan peranan ini. Saya ingin sekali berbuat demikian disebabkan oleh kejahilan saya. Saya secara ikhlas memohon maaf seribu kali kepada Guru dan Kumpulan Kerja Barangan Kemas Firdausi rasmi. Saya memohon pemaafan Guru atas kesilapan serius ini.

Pada 2023, orang-orang ini menjemput saya di lapangan terbang dan bawa saya ke kilang itu. Di sana, saya nampak dua lelaki gempal, setinggi lebih kurang 1.6 meter. Saya masih ingat muka mereka. Jumlahnya, saya nampak empat lelaki yang bekerja di kilang itu dan ada lebih banyak orang lagi di dalam. Saya tidak dibenarkan masuk. Saya ingin menambah bahawa pada sekitar Jun 2023, mereka jemput saya makan makan tengah di Loving Hut (*****). Mereka memperkenalkan saya kepada kumpulan mereka sebagai Bodhisattva peringkat tinggi. Mereka dedahkan rahsia (di restoran itu) bahawa Guru mengeluarkan reka bentuk baharu dan saya sangat gembira secara senyap. […] Mereka bawa saya ke sebuah lagi rumah kira-kira 90 minit dari situ yang penuh dengan banyak lukisan Guru dan Lampu Panjang Umur. Mereka bawa saya ke ruang tamu untuk melihat koleksi barang kemas Alam Semesta Ternaik. Sementara saya duduk di sana, mereka menerima panggilan dan beritahu saya supaya masuk ke dlm bilik meditasi. Mereka berkata bahawa Guru baru tiba dan pergi dari situ. (Komen Guru: Berbohong.) Kemudian mereka bawa saya terus ke lapangan terbang. Pada masa itu, saya berasa gembira dan bangga dengan diri sendiri. Mereka memperkenalkan diri sebagai orang yang bekerja secara rahsia untuk Guru. Saya berasa gembira dan bangga. Ada kalanya saya tidak dapat kawal diri tetapi bercakap besar tentang ini kepada kawan rapat saya. […]

Selain itu, saya sering memesan lukisan, Lampu Panjang Umur dan Pakaian Firdausi dari tiga lokasi di Âu Lạc (Vietnam) dan Taiwan (Formosa) untuk saudara seguru. […] Pada masa itu, saya masih jahil dan percaya bahawa saya membuat kerja penting. Beberapa saudara di Australia Barat ingin terus membuat pesanan. Saudara seguru di Australia Barat kemudian hantar e-mel kepada kumpulan Taipei untuk mengesahkan sama ada saya benar-benar seorang anggota pasukan Barangan Kemas Firdausi yang bertanggungjawab untuk terima pesanan. Bersama dengan itu, ada banyak maklum balas daripada saudara seguru lain. Saya tidak sedar akan situasinya dan menafikannya, terus mempertahankan kumpulan orang yang kepala bercukur, berpakaian kelabu itu. Saya malah menentang dan menjustifikasikan kedudukan saya, berfikir bahawa dalam kumpulan Barangan Kemas Firdausi, ada rasa cemburu, bahawa mereka cuba melemahkan saya dan enggan mengenali saya, akibatkan banyak tuntutan mahkamah di Australia Barat, bahawa rasa emburu ini telah jejaskan kerja saya. Pada masa itu, saya masih percaya saya betul. Saya cuba pertahankan maruah saya bagi kesilapan saya. TUHAN, GURU yang dikasihi, maafkanlah saya. Guru, akankah saya dimaafkan? Guru, maafkanlah saya. […]

Apabila saya mula memikirkannya, saya menyedari kebenaran. Item-item yang saya pesan dan bawa ke seluruh dunia daripada mereka, penyamar, yang kumpulan itu dakwa adalah dari kilang pengeluaran yang sah, ialah barang palsu sepenuhnya. Oh, Guru! Pada saat itu, badan dan jiwa saya alami kesakitan yang tidak tertahan, membuat saya rasa hancur hati dan putus harapan. Saya tidak dapat berdiri teguh lagi dan hilang akal sepenuhnya, tidak dapat mengawal apa-apa pun. Adakah saya masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan serius yang saya buat untuk bantu kuasa gelap ini? […] Saya telah secara negatif banyak mempengaruhi kehormatan GURU dan Penetap Ashram, kumpulan Barangan Kemas Firdausi dan semua saudara seguru.

Mereka (kumpulan penyamar) beritahu saya bahawa mereka sekarang berada di bawah siasatan besar dan tidak dibenarkan untuk teruskan kerana GURU baru menghalau tiga orang penetap ashram... (Komen Guru: M tidak tahu apa-apa tentang cerita ini.) Saya dengar kata-kata mereka, padamkan semua mesej dan urus niaga yang berkaitan, bersumpah utk lindungi mereka dgn tidak dedahkan sebarang maklumat untuk mengelak daripada pengaruhi kilang pengeluaran, rantaian bekalan dalaman dan kumpulan kerja itu. Pada masa itu, saya tidak tahu bahawa saya terlibat dalam pengeluaran barang tiruan. Mereka hentikan operasi itu dan semua orang dibubarkan. Mereka hubungi saya kemudiannya. Disebabkan rasa takut, saya padamkan semua data yg berkaitan dan kesedaran saya pada ketika itu terasa macam saya tidak berroh, mencari untuk padamkan semua urus niaga yg berkaitan

Oh GURU, saya secara ikhlas bertaubat sejuta kali. […] Saya bertaubat secara ikhlas atas karma berat yang telah saya buat terhadap GURU. Saya bertaubat kepada semua Bodhisattva mulia, penetap ashram sebenar, Kumpulan Barangan Kemas Firdausi di Taiwan (Formosa) dan saudara seguru di seluruh dunia atas karma yang telah saya wujudkan. Saya berjanji akan memulangkan wang bagi setiap item yang saya pesan bagi pihak orang lain. Saya minta GURU supaya berikan masa kepada saya utk bayar balik kpd mereka. Saya telah beritahu beberapa orang saudara seguru yang hantar permintaan kepada saya apabila saya dapat tahu bahawa Barangan Kemas Firdausi itu adalah palsu, untuk dapatkan kembali dan bayar balik kepada mereka. Saya berdoa agar GURU dengan belas kasihan besar akan berbelas kasihan terhadap saya, biar saya kekal berada dlm persatuan kita dan terus menjadi anak murid GURU untuk mendapatkan pembebasan. Saya berlutut di depan GURU, minta GURU supaya selamatkan saya, selamatkan roh saya. Saya sedar akan kesalahan saya. Terima kasih atas BERKAT GURU. Saya berterima kasih atas BERKAT SYURGA GURU. Dengan penuh hormat, (*****) dari Âu Lạc (Vietnam), 24 Oktober 2024

Saya rasa dia benar-benar bertaubat kerana dia telah bantu sekumpulan orang jahat. Dia berkata mereka malah merupakan biksu dan seorang biksuni. Dia bekerja dengan tiga orang biksu dan seorang biksuni yang kepala bercukur dan memakai pakaian biksu, jenis pakaian kelabu tradisional Cina. Dia kenali dua daripada mereka. Satunya, orang hubung kumpulan syarikat mereka di sesuatu tempat, bekerja di sesuatu tempat. Dia kata satunya di Kaohsiung, Taipei dan lain-lain lagi.

Mereka memalsukan barangan kemas reka bentuk saya sendiri yang unik dan mempergunakan dia, kononnya anak murid saya sendiri untuk jualnya kepada anak murid lain dengan harga yang sangat tinggi – jauh lebih tinggi drpd apa yang kita jual kerana saya beritahu kakitangan saya supaya kita jual dgn hanya faedah 10% yang meliputi buruh, bayaran cukai dan untuk pekerja luar. Tetapi mereka jualnya pada harga yang amat tinggi dan berkata kpd anak murid yang mudah terpengaruh, ingin sekali membeli barangan kemas saya bahawa ini ada banyak berkat dan mereka dapat belinya dgn lebih cepat kerana jika mereka beli dengan kakitangan saya, mereka akan ambil masa yg lebih lama. Dah tentu! Kami lakukannya sampai perincian kecil dan memastikan bahawa segalanya berkualiti tinggi. Tetapi orang-orang ini memalsukannya. Mereka buat barangan kemas palsu, jualnya pada harga yang amat tinggi dan mengambil wang tunai saja.

Reporting Letter from Our Association Member Who Purchased Fake S.M. Celestial Jewelry: Guru Tersayang yang dikasihi, Saya (*****). Sebelumnya, (*****) bertemu muka dengan saya tiga kali dan beritahu saya bahawa dia bekerja secara rahsia untuk Guru dan saya tidak harus beritahu sesiapa pun tentang ini. Apabila saya tanya mengapa, (*****) menjelaskan bahawa orang lain mungkin berasa cemburu dan pejabat kastam mungkin menyusahkan dia dan menghalang dia daripada masuki Australia, jadi perlu merahsiakannya. Oleh itu, saya tidak beritahu sesiapa pun. Saya telah membeli Barangan Kemas Firdausi drpd (*****) dengan jumlah AU$130,000 (US$85,320). Anak murid Guru, (*****), dari Australia

Reporting Letter from Our Association Member Who Purchased Fake S.M. Celestial Jewelry: Guru Tersayang yang dikasihi, Nama saya (*****). (*****) beritahu saya bahawa dia pergi ke Taiwan (Formosa) utk dapatkan Barangan Kemas Firdausi dari rumah penetap ashram dan bertemu dengan Guru. (Komen Guru: Tidak benar. Berbohong sekali lagi!!) Saya, bersama dengan kakak saya, telah membeli Barangan Kemas Firdausi berjumlah AU$45,000 (AS$29,534) drpd (*****). Semoga Guru selamat sejahtera, (*****), dari Australia

Reporting Letter from Our Association Member Who Purchased Fake S.M. Celestial Jewelry: Guru Tersayang yang dikasihi, (*****) beritahu saya dan suami saya bahawa dia pergi ke Taiwan (Formosa) ke rumah seorang saudara seguru yang mengkhusus dalam membuat Lampu Firdausi S.M. untuk Guru tetapi mereka tidak gunakan internet atau telefon. Di sana, (*****) kebetulan bertemu dengan Guru. (Komen Guru: Berbohong sekali lagi.) Dia begitu terkejut dan sangat gembira. Saya beli Lampu Firdausi dan gelang tangan Bertuah palsu daripada (*****) pd harga AU$7,000 (US$4,594). Anak murid, (*****)

Jadi mungkin mereka tidak bayar cukai. Mereka buatnya secara rahsia. Mereka kata saya perlukan wang. Berbohong!

Reporting Letter from Our Association Member Who Purchased Fake S.M. Celestial Jewelry: Guru Tersayang yang dikasihi, Saya (*****). Sebelumnya saya pernah dengar (*****) sebut beberapa kali bahawa dia bekerja secara diam-diam untuk Guru. (*****) berkata bahawa Guru sekarang tiada wang yang mencukupi, jadi dia perlu menjual Barang Kemas Firdausi bagi bantu Guru mengumpul dana untuk karya-Nya kerana Beliau perlukan wang untuk membantu dunia. (Komen Guru: Berbohong sekali lagi, M tidak pernah beritahu perkara sebegini kpd sesiapa pun Kami tidak perlukan wang.) Apabila mendengar ini, saya tidak berani berkata apa-apa pun. Saya hanya boleh berharap Guru sentiasa sihat dan selamat sejahtera untuk Guru menjalankan Misi-Nya di dunia. Anak murid Guru, (*****), dari Australia

Saya tak pernah berkata begitu. Saya tak pernah berkata kepada mana-mana daripada anda bahawa saya perlukan wang. Tak pernah. Apa-apa yang anda beli, anda hanya memesan, kebanyakannya dalam talian, dan kakitangan saya hantarnya. Biasanya saya tidak sentuh perkara ini. Kami ada syarikat untuk Lampu Wànsuì (Panjang Umur) dan barangan kemas ini. Jadi kami hantar kepada mereka melalui syarikat. Semua itu adalah rasmi, membayar cukai dan segala-galanya, dah tentu. Tapi sekrg orang-orang ini palsukannya. Mereka buat barangan kemas palsu dan jual kpd kononnya anak murid saya, sangat mahal juga, tetapi oleh sebab sesetengah orang mampu belinya, atau ingin sekali beli barangan kemas ini dgn ‘lebih cepat’ – itu apa yang mereka katakan – jadi mereka bayar untuknya, dan sekarang mereka pergunakan orang ini (orang yang menulis surat taubat kepada saya).

Photo Caption: Di dalam Hutan, Kita Boleh Bertenaga, Cergas, Kuat dengan Ketinggian 3 Inci

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/12)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android