Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 11/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya perlu menjaga keselamatan diri supaya saya dapat terus bekerja untuk anda, untuk dunia. Saya juga ada kerja lain untuk dibuat di planet-planet lain. Saya agak sibuk dan perlu memastikan diri sihat sejahtera. Karma makhluk terutama manusia boleh benar-benar merebahkan kita, benar-benar mengheret kita ke bawah sampai tahap tertentu kadangkala. Saya mendapat tahu ini dalam dekad-dekad ini. Saya tak harus keluar dengan teksi atau seumpamanya pun tetapi saya terpaksa. Kadangkala saya terpaksa, jadi perlu macam itu.

Tetapi biasanya saya berseorangan dan sangat banyak bermeditasi apabila ada masa – biasanya pada waktu malam, awal pagi jika saya dapat adanya tetapi kadangkala saya tak dapat disebabkan oleh kerja. Setiap hari, kerja tak boleh ditangguhkan kerana pada keesokan harinya, kerja lain datang. Jadi saya tak boleh kata, “Oh, saya akan buatnya esok!” atau “Saya akan berehat.” Tidak mungkin sama sekali. Tidak lagi.

Sewaktu saya ada anak murid yg kurang, saya ada lebih banyak rehat, keseronokan Keadaan lebih senang dan saya tak tahu terlalu banyak tentang situasi menggerunkan yang akan saya hadapi ini. Saya tak tahu banyak tentang rompakan daripada kononnya anak murid saya sendiri. Saya tak tahu begitu banyak tentang orang yang boleh masuk hanya untuk merompak kerja yang saya buat dan buatnya menguntungkan bagi diri sendiri, malah memudaratkan saya dengan cara-cara yang berlainan – dari segi karma, reputasi dan kewangan, segala-galanya! Kesihatan dan sakit kepala, kerisauan, kerja, kerja tambahan, masa tambahan digunakan dan hilang, menimbulkan begitu banyak kesusahan, jadi saya tak dapat tidur pd waktu malam Segala jenis kehilangan, memang. Itu memang tidak adil sama sekali.

Tetapi sebagai seorang Guru – tiada seorang pun yg ada waktu senang. Jadi jika sesiapa rasa bahawa saya benar-benar sukai gelaran saya, sukai dunia ini dan sukai semua itu – saya tiada apa-apa pun. Saya tidak berfikir itu gelaran saya pun. Segalanya ialah pengaturan Tuhan, dan segala pahala yang terkumpul sejak zaman dahulukala. Jadi saya tak banyak berasa pun, tak dapat banyak berfikir tentang nilai apa yang saya buat pun. Hanya sangat, sangat sibuk. Saya gembira dengan saya tak terlalu muda lagi. Saya dah tua sekarang, jadi takkan lama lagi. Jika anda berharap saya hidup lama, saya tak rasa saya mahu.

Saya perlu memikirkan Buddha Shakyamuni. Mengapa Baginda mahu hidup lama di dunia ini? Barangkali pada masa itu, lebih senang untuk mengubah orang dan Baginda tak perlu risau tentang perumahan, hidangan, cukai atau apa-apa pun. Baginda juga tak perlu menjaga seluruh dunia. Baginda tak perlu mengedit rancangan Supreme Master Television. Baginda tak perlu risau tentang perniagaan, tanggungan, pekerja dan setiap perkara lain yang berkaitan. Baginda tak perlu uruskan Devadatta yang mencuri kaedah-Nya, ada pengikut dan hanya cuba membunuh-Nya, tetapi itu saja. Baginda hanya menjaga sesiapa saja yang datang utk dapatkan perlindungan. Tetapi begitu pun, juga ada banyak salah tuduh dan salah dakwa yang dilemparkan kepada Baginda, seperti seorang wanita malah datang dan letak bantal pada perutnya…

Atau sesiapa pun yang mengikut Buddha untuk menjadi biksu, mereka menjaga diri. Mereka keluar untuk minta sedekah dan menjaga diri. Mereka hanya kutip pakaian lama yang orang tidak mahu lagi untuk dibuat kāṣāya (jubah), mudah. Bagi lelaki, sangat senang. Anda tak perlu memakai dgn banyak pun Dan India adalah panas. Nepal adalah panas kebanyakan masanya. Jadi pada musim hujan, Baginda biarkan diri dan biksu-Nya tinggal di tempat yang tetap. Baginda ada ashram yang ditawarkan kepada-Nya, jadi mereka semua ada bilik dan keselesaan serta anak murid yang datang menawarkan makanan kepada mereka pada musim hujan ini. Buddha berbelas kasihan, khuatir biksu akan keluar setiap hari dan menjadi basah semasa monsun dan musim hujan. Pergi meminta sedekah boleh sangat susah. Jadi musim hujan selama tiga bulan, mereka bersuluk. Mereka juga datang, berkumpul dan bertukar-tukar pengalaman spiritual, petua dan kisah baik daripada perjalanan mereka dan sebagainya. Jadi ini jenis kehidupan yang sangat baik.

Hampir seperti pada permulaan misi saya sewaktu saya ada beratus-ratus orang biksu dan biksuni. Kami adakan barbeku (vegan) pada setiap hujung minggu. Kami bernyanyi, bercerita atau bermain alat muzik dan sebagainya walaupun kami tiada wang yang banyak. Sebelum itu, kami pergi ke tepi sungai. Kami hanya memanggang kentang, epal dan oren. Kami membuat api kecil atau ketuhar api dengan batu besar, kemudian memasak sesuatu yang mudah seperti mi (vegan) dengan sayuran liar yang kami kumpulkan di sekeliling kami. Kehidupan memang baik pada masa itu. Saya memang sukai jenis kehidupan itu lebih daripada kehidupan yang saya jalani di ashram, dan lebih daripada sekarang kerana kami tiada sebarang pemerahan otak, apa-apa pun, tiada kerja untuk dibuat. Kehidupan di tepi sungai ialah kehidupan terbaik bagi saya dan para biksu.

Kadangkala anak murid luar bantu kami membeli keladi dan sebagainya, atau mi supaya kami dapat memasak. Itu kehidupan yang sangat baik. Sebab itu kami lakukannya beberapa kali Selepas itu pun, saya sendiri lakukannya juga. Saya pergi bersama beberapa orang penetap ashram saja dan jalani jenis kehidupan itu sekali lagi di tepi sungai, di hutan, dan ambil apa-apa saja yang dapat saya ambil, hanya untuk suatu tempoh masa saja, kemudian kami terpaksa pulang disebabkan oleh janji temu, kerja, visa dan apa-apa saja. Tetapi jenis kehidupan itu ialah kehidupan yg saya sangat seronok jalani.

Tetapi saya tiada begitu banyak tuah lagi. Saya perlu banyak bekerja sekarang ini, lebih daripada sebelumnya. Tetapi saya tak kisah. Saya gembira juga. Saya tidak sedih, muram atau apa-apa seperti itu, cuma terlalu banyak bekerja kadangkala. Tetapi saya masih boleh teruskan. Saya harap anda semua, kakitangan di ashram dan kakitangan jauh terus menyokong misi yang diperintahkan Tuhan ini utk bantu lebih banyak orang mendapat pembebasan dan jauh dari neraka. Bantulah saya teruskan. Tuhan tahu anda bekerja dan ganjaran anda akan besar. Anda akan pergi ke Syurga yang lebih tinggi. Tetapi anda perlu bermeditasi, memulihkan, menambah semula tenaga anda supaya anda dapat terus bekerja dalam keadaan minda dan badan yang sihat.

Sebenarnya saya nak beritahu anda perkara yang lebih penting daripada barangan kemas tetapi saya teruskan saja dan terlupa. Saya beritahu saja apa yang saya ingat, tidak kira sama ada ikut urutan atau tidak Sekarang, ini penting. Mulai sekarang sehingga dunia kita benar-benar aman damai, anda perlu sentiasa menyediakan makanan supaya sedia di rumah meskipun tiada apa-apa yang berlaku di bandar atau pekan anda kerana mungkin bandar itu, pekan itu ada lebih banyak pahala daripada bandar lain tetapi banyak bandar, banyak kampung, banyak pekan akan musnah, biasanya boleh sepenuhnya juga. Anda boleh tengok di internet dan lihat. Setiap kali saya lihat, saya rasa lesu akibat kesakitan. Saya memang tak nak lihat berita dunia tetapi kadangkala saya perlu. Dan sebagainya… Jadi anda jagalah diri.

Maksud saya, bagi kononnya anak murid saya, anda takkan bermasalah kecuali dah tiba masanya utk anda pergi. Maka bergembiralah untuk pergi. Tiada apa-apa di dunia ini yang harus mengikat anda di sini kerana anda sudah tahu akan Syurga. Orang kadangkala alami pengalaman hampir mati pun, mati selama beberapa minit atau beberapa jam saja tetapi mereka tak nak kembali ke dunia ini. Mengapa kita, orang yang sudah tahu dengan jelas sekali tentang Syurga dan neraka serta kegembiraan di Syurga, mengapa kita nak kembali atau hidup lama di sini? Saya sendiri tak nak hidup lama di sini tetapi terpaksa, tapi saya tak nak hidup selama-lamanya. Saya nak beritahu anda itu. Atau jika saya perlu kembali untuk bekerja lagi, sekurang-kurangnya saya perlukan cuti yang panjang di Rumah saya sendiri, Alam Baharu Tim Qo Tu.

Photo Caption: Walaupun Dapat Dilihat, Aku Pasti Anda Tak Nampak Aku

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/12)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android