Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 3 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di mana kita tadi? Apa-apa yang saya ingat, saya akan beritahu anda. Mungkin tak mengikut urutan.

Sekarang anda semua tahu bahawa semasa duduk bermeditasi, anda lihat kebanyakan Guru lakukannya atau memberitahu anak murid-Nya supaya lakukan silang kaki sepenuh (sila sepenuh), bermakna kedua-dua belah kaki berjalin dengan seluruh tapak kaki menghala ke langit. Kedua-dua belah tapak kaki berada di atas kedua-dua belah kaki dan hala ke atas. Itu baik. Itu posisi badan untuk berikan kuasa kepada anda bagi mengawal diri, mengawal diri dalam banyak aspek yang berlainan tetapi bukan semua aspek. Terdapat banyak aspek lain yang anda tak dapat kawal seperti emosi, kemarahan dan nafsu terhadap benda duniawi yang tidak wajar dihasratkan – hanya gunakan badan dan otak fizikal untuk bekerja bagi mencari rezeki. Tetapi jika anda ada satu lagi jenis postur dengan gestur tangan, bersama dengan silang kaki sepenuh ini, anda memperoleh satu lagi jenis kuasa.

Saya hanya boleh beritahu anda tentang apa yang sudah anda lihat di dunia. Saya hanya jelaskan rahsianya kpd anda. Yang lain, banyak yang lain saya tak boleh beritahu anda kerana ia mungkin memudaratkan anda jika anda cuba semasa anda tidak cukup suci. Tuhan tidak izinkannya dan semua Dewa lain dan Syurga akan jaganya dengan baik dan melarang sesiapa yang buruk menggunakannya. Adalah sangat baik mengetahui semua ini tetapi saya belum gunakan semuanya hingga kini. Barangkali saya perlu gunakan satu atau dua daripadanya, mungkin, untuk membantu diri dalam situasi ini tetapi saya tetap tak pasti sama ada karma dunia akan menjadikannya tak berkesan.

Tak perlu risau. Kita dilahirkan dan mati suatu hari nanti. Cuma jika seseorang berada dalam badan fizikal dan jika Tuhan atau Buddha melantik orang itu untuk menjadi pengajar manusia dan makhluk lain di planet ini, orang-haiwan, pokok, tumbuhan dan batu pun dengar kata-kata orang itu. Jika orang itu masih berada dalam badan fizikal, maka Dia dapat lebih berhubungan dengan makhluk di dunia fizikal dan mengajar mereka dengan lebih berkesan, lebih langsung. Itu saja. Jika tidak, hidup dan mati ialah sesuatu di dunia fizikal yang tak dapat kita elakkan.

Sayangnya. Saya rasa sayang sekali saya tak boleh mengajar sesiapa saja tentang ini. Suatu kali, saya cuba. Saya merancang untuk ajarkan salah satu gestur maklumat badan ini kepada satu orang yang sangat dekat pada masa itu. Saya berfikir orang itu dapat menerimanya. Hanya cuba satu orang sekurangnya. Tetapi tidak. Oh, sesuatu berlaku dan keadaan menjadi kucar-kacir! Jadi orang itu tak boleh menjadi orang terpilih, hanya bagi satu gestur badan, satu maklumat khusus pun.

Saya juga berasa sangat tidak senang, kecewa dgn banyak perkara saya tahu, saya tak boleh beritahu orang lain untuk diturunkan atau bantu orang dengan sesuatu cara. Saya ada bantu apa-apa saja yang boleh dengan sedikit Kuasa saya sendiri yang disebabkan oleh Berkat Tuhan serta semua Santo dan Orang Suci.

Apabila saya kata ‘Santo dan Orang Suci’ anda harus tahu bahawa ini bermakna Buddha juga. Kita ada istilah yang berbeza tetapi ‘Buddha’ bermakna Santo dan Orang Suci juga dalam bahasa Inggeris.

Begitu sukar. Banyak orang asyik bertikai tentang istilah, jadi sama ada ‘Tuhan’ atau tiada apa-apa lagi; sama ada ‘Buddha’ atau tiada sesiapa lagi Walaupun Buddha sudah wafat, masuki Nirvana dua ribu banyak ratus tahun dahulu, sama ada Nabi Isa atau semua orang yang lain ‘tidak baik’, orang lain ialah ‘pembidaah’. Saya hanya boleh lihat kekucar-kaciran, pertikaian dan penilaian semua orang dan gelengkan kepala. Saya hanya cuba sedaya upaya. Apa yang nak dibuat?

Banyak orang adalah jahil tetapi ingat mereka tahu akan segalanya tetapi mereka tidak tahu akan pengetahuan tentang maklumat bernilai satu kuku pun. Saya rasa bersimpati dgn mereka juga kerana mereka tak tahu apa yang mereka katakan. Mereka tak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka menyinggung Syurga, Bumi dan semua Buddha dengan memfitnah pengamal sebenar yang suci, apalagi Santo atau Buddha yang dilantik oleh Syurga untuk turun ke dunia yang bergolak ini bagi menyelamatkan makhluk dari alam yg menyeksakan ini ke Syurga yang lebih tinggi dan menggembirakan utk tinggal di sana bagi masa yg panjang atau selama-lamanya, atau sendiri menjadi Buddha, bergantung kepada di mana mereka ditempatkan mengikut pahala mereka.

Sangat kesian, orang-orang ini. Mereka tak tahu apa yang menanti mereka. Tidak kira apa pun, saya tetap cuba bantu dan menyelamatkan mereka tapi itu juga terpulang kpd Rahmat Tuhan serta Belas Kasihan Buddha, Guru, Boddhisattva, bukan saya seorang saja. Saya hanyalah wadah. Saya buat sebaik yang boleh, dah tentu – korbankan apa-apa saja yang boleh, terpaksa hidup dalam apa-apa saja keadaan, terpaksa alami apa-apa saja bahaya akibat karma segalanya yang saya buat, campur tangan dalam karma dunia.

Jika tiada sesiapa yang pernah beritahu, mengajar anda apa-apa yang betul, atau jika anda tak pasti sama ada orang itu katakan sesuatu yang betul kepada anda atau memuja pujaan yang betul, maka berdoalah dalam hati dengan segala keikhlasan kepada semua Guru – bermakna Bodhisattva, Buddha, kepada Tuhan agar anda akan dilindungi, akan dibimbing untuk ingat akan asal anda melalui mana-mana Guru, Guru sebenar yang dapat bebaskan roh anda daripada belenggu dunia ini.

Sekurang-kurangnya sekarang anda tahu mengapa Buddha berkata bahawa badan manusia begitu berharga, jarang diperoleh walaupun saya tak dapat tunjukkan kepada anda segalanya yang saya tahu tentang rahsia ini. Selalunya dikatakan bahawa jika kita di Syurga, seperti mungkin Syurga yg lebih rendah, maka sukar untuk beramal. Saya rasa kerana di Syurga, kita tiada fakulti berkat fizikal ini di dalam badan fizikal kita. Badan fizikal dapat miliki lebih banyak peranti ini, peranti tak nampak, bermakna berkat tersembunyi di dalam daging fizikal badan manusia ini. Di Syurga, dari Syurga Astral ke Syurga Ketiga Brahma di atas, kita tiada sebarang kuasa fizikal yang diwarisi yang kita ada di dalam badan fizikal ini.

Mungkin sebab itu juga dalam Bible, Tuhan berfirman bahawa Tuhan mencipta lelaki, manusia – sentiasa ‘lelaki’ – manusia dengan Imej Tuhan sendiri. Kita tak dapat bayangkan macam mana rupanya Imej Tuhan tetapi Tuhan ada segala Kuasa ini, segala Kuasa cipta di dalam Diri Tuhan. Apabila Tuhan mencipta manusia dengan Imej yang sama, ini bermakna kita juga mewarisi segala Kuasa Tuhan sampai tahap tertentu, mungkin kurang tetapi masih sangat berkuasa, kuasa yang sangat besar. Mungkin atas sebab itu, malaikat pun cemburui kita manusia. Oleh itu, mereka cuba bersungguh-sungguh utk yakinkan Tuhan bahawa kita tidak begitu baik. Mrk sentiasa cuba bersungguh-sungguh untuk menguji manusia, buat manusia alami ujian dan kesengsaraan – segala jenis cabaran, menilai keupayaan, kecerdasan, kebijaksanaan dan segala jenis kebolehan manusia.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/8)
1
2024-06-28
16062 Tontonan
2
2024-06-29
10253 Tontonan
3
2024-06-30
9535 Tontonan
4
2024-07-01
9319 Tontonan
5
2024-07-02
8252 Tontonan
6
2024-07-03
7736 Tontonan
7
2024-07-04
7339 Tontonan
8
2024-07-05
7187 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android