Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 8 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika anda nak tahu, salah satu rukun, peraturan dalam kumpulan biksu Buddha ialah mereka tanya kita sama ada kita ialah, contohnya homoseksual atau bukan. Kerana jika kita ialah itu, maka kita tak boleh sertai kumpulan biksu di bawah zaman dan bimbingan Buddha ini. Hari ini, pada zaman moden, masih begitu juga. Mereka masih ada rukun itu. Bukan kerana Buddha berdiskriminasi tetapi situasi itu menyusahkan. Jika seorang lelaki, seperti homoseksual, tidur bersama biksu lain yang merupakan lelaki sebenar, normal, maka mungkin menyusahkan. Itu saja. […]

Dalam agama Buddha, kependetaan lebih jelas, jalannya sangat jelas dan peraturannya sangat praktikal. Bukan sahaja kerana semasa kita bersama biksu dan biksuni, orientasi seksual kita tak harus berbeza tetapi juga kerana kalau kita sudah menjadi biksu, diterima dan dihormati, apabila keluar untuk berkhutbah, mungkin kita perlu bergaul dengan orang lain dan penganut, kanak-kanak, contohnya. Orang mesti tahu apa orientasi seksual kita. Jika tidak, mungkin menyebabkan kesusahan teruk, seperti dlm sesetengah komuniti agama yang lain. Anda tahu sangat hari ini. Itu berjumlah beratus-ratus ribu orang mangsa, kebanyakan drpd mrk ialah kanak-kanak.

Jadi Buddha dah sangat bijak pada zaman-Nya. Semasa kesusahan itu tidak diketahui secara terbuka sangat, diakui secara terbuka atau berlaku secara terbuka, Buddha sudah tahu. Jadi Baginda memang seorang Pemimpin yang sangat bijak dan Guru spiritual yang melindungi semua orang. Baginda tidak benarkan biksuni tinggal bersama dalam komuniti biksu pun.

Pada asalnya, Buddha tak nak menerima wanita dalam komuniti biksu-Nya tetapi oleh sebab wanita pertama yang meminta untuk menjadi biksuni dalam komuniti-Nya ialah ibu-Nya, maksud saya, ibu tiri, dan pembantu utama-Nya Ananda merayu kepada Buddha, jadi Buddha terpaksa menerima dia tetapi dengan satu syarat, iaitu dia tak boleh tinggal di sana bersama dengan biksu. Dia perlu tinggal di tempat yang berlainan. Jika dia nampak mana-mana biksu, dia juga perlu menyembah, bersujud kepada mereka supaya dia tiada sebarang tanggapan yang salah.

Bukan kerana Buddha memandang rendah terhadap wanita. Bukan, bukan. Suatu kali, apabila Baginda ternampak timbunan tulang yang besar di sesuatu tempat di luar, mereka beritahu Buddha bahawa itu timbunan tulang wanita, oleh sebab wanita perlu kehilangan darah setiap bulan, perlu bersalin dan buat begitu banyak untuk menjaga keluarga, jadi apabila wanita meninggal dunia, tulang mereka adalah hitam, tidak seperti lelaki – tulang mereka putih. Buddha menangis teresak-esak.

Jadi Buddha berbelas kasihan terhadap semua makhluk: lelaki, wanita dan orang-haiwan juga kerana Baginda membantu orang-haiwan pada zaman-Nya. Panjang kisahnya, jadi dah cukup untuk memberitahu anda bahawa Buddha juga berbelas kasihan terhadap orang-haiwan – sama seperti Nabi Isa semasa Baginda kisahkan cerita ibarat tentang menyelamatkan orang-biri-biri. Anda carilah itu dan sendiri bacanya jika mahu. Nabi Muhammad SAW juga menegur seorang pengikut-Nya kerana tidak menjaga orang-unta pada waktu buat perjalanan di gurun.

Jadi semua Guru, Guru sebenar, ada Kuasa Tuhan di dalam, adalah begitu rendah diri, malah menjaga orang-haiwan semasa semua orang yang lain anggap mrk sebagai objek saja yg boleh dibunuh dan dimakan pada bila-bila saja. Guru tak pernah memperlakukan mana-mana makhluk macam itu. Maka anda dah tahu. Jadi menjadi vegan benar-benar adalah mengikut jejak langkah Guru – Guru yang anda begitu hormati, begitu banyak puja, begitu banyak berdoa, begitu kasihi. Ikutlah jejak langkah Mereka. Itu saja yang perlu anda buat. Bersifat baik, berbelas kasihan, pengasih, penyayang dan baik hati terhadap semua jenis makhluk.

Jadi lihatlah, dalam agama Buddha, untuk menjadi biksu dan biksuni, anda memang mesti tahu bahawa ada 250 rukun, bermakna 250 disiplin, jika anda nak menjadi biksu atau biksuni. Jadi periksalah diri sama ada anda boleh sebelum memohon. Adalah baik ada pendeta lelaki dan wanita dalam mana-mana jenis mazhab atau komuniti agama tetapi anda memang mesti menjadi contoh kemuliaan dan kesucian. Jika anda rasa tak dapat menjadi itu, maka berada di rumah saja, laksanakan tanggungjawab anda, bantu komuniti di sekeliling anda, bantu orang-haiwan, bantu dunia dengan sebarang cara yang boleh. Itu pengamal yang sangat baik juga. Bukan semua orang sesuai untuk menjadi biksu.

Kalau anda sudah pun seorang biksu dan menyedari bahawa anda tidak sesuai untuk komuniti itu disebabkan oleh orientasi seksual anda, contohnya – penting, orientasi seksual anda – maka anda minta kebenaran untuk meninggalkannya dan hidup seperti orang biasa. Bukalah hati anda, keluar daripadanya. Anda tak perlu sembunyikan orientasi seksual anda. Itu tiada apa-apa yang memalukan. Setiap orang dilahirkan secara berbeza. Disebabkan oleh peringkat evolusi anda, anda menjadi lelaki atau wanita yang biasa, umum, atau anda lelaki yang berbeza dan wanita yang berbeza.

Ada banyak kategori orientasi seksual, bukan sahaja B-seksual atau G-seksual tetapi juga A-seksual dan segala jenis yang lain. Baru-baru ini saja saya mendapat tahu bahawa ada lebih daripada hanya dua atau tiga jenis. Jadi jangan risau. Itu peringkat evolusi hidup anda. Terimanya, tetapi terus beramal untuk capai makrifat setinggi mungkin dalam hayat ini untuk diri sendiri, keluarga anda, suku anda dan dunia. Semoga anda selamat sejahtera, tidak kira siapa anda. Kasihi anda semua. Tuhan rahmati anda!

Baiklah. Semua orang tersayang saya, semua orang tersayang Tuhan, semua orang yang dihargai oleh semua Buddha, bermaksud Santo dan Orang Suci. Ya Tuhan. Saya malah perlu terjemahkannya drpd bahasa Sanskrit kpd bahasa Inggeris supaya anda tahu Siapa yang saya katakan. Jika tidak, orang Kristian, Muslim akan berfikir saya bukan orang mereka jika saya sebut Buddha saja. Dan semua penganut Buddha akan ingat saya anti-Buddha jika saya sebut Santo dan Orang Suci atau Guru saja. Tolonglah tahu bahawa Mereka semua sama, hanya bahasa yang berbeza.

‘Buddha’ bermaksud Orang Bermakrifat, Orang Tua-tua, bermakna orang yang layak mengajar anda. Buddha ada sepuluh gelaran dan salah satunya ialah ‘Orang Bermakrifat’ atau ‘Orang Sanjungan Dunia’. Dah tentu, Guru yang bermakrifat sepenuhnya ialah Orang Sanjungan Dunia juga – jadi begitulah. Guru, Buddha ialah denotasi yang sama, penghormatan yang sama. Bodhisattva ialah Santo dan Orang Suci. Sama – maksud yang sama, hanya sebutan bahasa yang berbeza. ‘Buddha’ ialah nama Sanskrit bagi Guru bermakrifat sepenuh. ‘Bodhisattva’ bermaksud Santo dan Orang Suci bermakrifat yang belum capai peringkat Buddha sepenuhnya – hampir. Sekarang saya harap kita jelas. Santo dan Orang Suci yang telah hampir capai peringkat Guru atau hampir pulang ke Rumah Guru atau Syurga Tinggi, Mereka dipanggil Bodhisattva juga.

Jadi saya harap anda ingat akan para Bodhisattva, Buddha, Santo, Orang Suci, Guru dan Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam hati anda sepanjang masa. Pada bila-bila anda dapat ingat, ingatlah akan Mereka supaya anda akan dilindungi. Ingatlah akan Tuhan Yg Maha Berkuasa. Jika tidak, maka ingatlah akan Buddha kegemaran anda atau Santo, Orang Suci atau Guru pujaan anda – Mereka yang lebih dekat dengan abad kita, bukan orang yang telah pergi ke Syurga terlalu lama dahulu, maka mungkin Mereka tiada banyak Kuasa atau tenaga yang berhubungan dgn dunia kita lagi. Ingatlah akan semua itu.

Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa serta semua Santo, Orang Suci, Bodhisattva, Guru dan Buddha ingat akan kepahitan anda, ingat akan situasi anda yang menyeksakan di dunia ini dan membantu anda, melindungi anda, memberkati anda, menaikkan anda ke Rumah yang wajar, megah, Kediaman Asal anda semula. Amin.

Kasihilah Mereka semua kerana Mereka kasihi anda. Sekurang-kurangnya anda cuba. Dah tentu, kita tak dapat kasihi Tuhan Yang Maha Berkuasa, Buddha, Bodhisattva, Santo, Orang Suci dan Guru sebanyak Mereka kasihi kita tetapi kita akan dapat apabila kita capai status Mereka. Cubalah sekarang, berdoa, cuba kasihi. Ingat akan Mereka dengan kemanisan, kasih sayang, keinginan untuk mengenali Mereka, mengenali diri sendiri – maka suatu hari nanti anda akan capainya Ingatlah supaya saling menyayangi dan sayangi makhluk lain sebanyak anda menyayangi anak lelaki, anak perempuan anda dan diri sendiri. Anda tahu apa yang saya katakan. Orang-haiwan, pokok, tumbuhan, batu, pasir di pantai pun. Suatu hari nanti anda akan ketahui itu.

Anda tahu bahawa saya sentiasa bercakap benar kpd anda. Apa kebaikannya kepada saya bercakap bohong kepada anda? Bercakap benar kepada anda pun, mungkin anda tak percaya. Apa gunanya bercakap bohong kpd anda? Roh anda akan tahu apa ialah kebenaran dan apa ialah bohong. Saya akan dihukum di neraka jika saya membohongi dan menipu anda untuk untung diri sendiri atau tujuan duniawi. Tuhan tahu akan itu.

Selamat tinggal. Jika segalanya baik, anda dapat dengar daripada saya lebih kurang seminggu dari hari ini. Jika tidak, maka jagalah diri baik-baik. Ingat akan Tuhan, ingat akan semua Buddha, Guru, Bodhisattva. Berdoa, okey?

Saya kasihi anda. Saya kasihi anda semua, kononnya anak murid atau bukan anak murid. Semoga anda banyak diberkati oleh Tuhan dan semua Buddha, Bodhisattva, Guru, Santo dan Orang Suci. Amin.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/8)
1
2024-06-28
16030 Tontonan
2
2024-06-29
10220 Tontonan
3
2024-06-30
9500 Tontonan
4
2024-07-01
9294 Tontonan
5
2024-07-02
8217 Tontonan
6
2024-07-03
7706 Tontonan
7
2024-07-04
7314 Tontonan
8
2024-07-05
7153 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android